~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Tak Nak Couple!!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
one_ummah90
Moderator
Moderator


Number of posts : 99
Location : mergong
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

PostSubject: Tak Nak Couple!!   Mon Mar 24, 2008 4:59 pm



Assalamualaikum...

Dewasa ini kita sering melihat budaya bercouple ini diserapkan dalam minda orang Islam. Mereka seolah-olah merasakan hidup tidak bermakna tanpa pasangan kekasih.Ada juga menganggap bahawa manusia yang tidak bercouple ini sebagai orang yang kolot dan tidak mahu kemodenan. Tapi satu saja saya mahu persoalkan,benarkah kita betul-betul bahagia melalui bercouple ini?

Bagi saya,bercouple ini hanya mendatangkan satu sahaja faedah bagi manusia iaitu kepuasan hidup dalam mencari teman sepanjang hayat. Namun,bercouple ini juga dilihat membawa pelbagai kesan negatif buat manusia. Bercouple bukanlah budaya Islam dan tiada satu ayat al-Quran mahupun Hadis pun yang membenarkan bercouple dalam kehidupan harian.

Mengapa Bercouple Haram?

Soalan ini sering menjadi bualan dalam mana-mana perdebatan. Jawapan ini sering dicari terutama mereka yang bergelumang dengan budaya ini. Mereka sentiasa mencari hujah bagi membenarkan mereka meneruskan aktiviti ini.

Sebagai seorang hamba Allah, setiap persoalan hendaklah dirujuk kepada al-Quran dan Hadis bagi mencari kebenaran.Menggunakan akal semata-mata adalah tidak wajar kerana akal manusia sentiasa dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan.

Ada orang bertanya, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”


Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat ayat 13:


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Namun,ayat ini bukanlah dalil bagi membolehkan hubungan couple antara golongan bukan muhram. Hal ini kerana banyak lagi dalil yang mengharamkan budaya couple ini seperti firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Dalam ayat ini jelas membuktikan Allah mewajibkan kita dari melihat perkara-perkara yang boleh menaikkan syahwat kita dan seandainya anda bercouple, adalah satu penipuan besar jika anda mengatakan anda tidak akan melihat pasangan anda secara mendalam.

Dalil paling kuat bagi jawapan mengapa haramnya bercouple ialah firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 32:


“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ya,memang akan ada pihak menyatakan kami berdua-duaan hanya keluar makan saja,keluar jalan saja dan bukan melakukan zina. Tapi teliti ayat ini dengan jelas iaitu Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!

Hadis Rasulullah telah memperincikan beberapa jenis zina.Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :


“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti".

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:


“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Hadis-hadis ini jelaslah memberitahu kita bahawa zina bukanlah hanya pada perbuatan seks luar nikah tetapi mempunyai pelbagai jenis lagi.

Bagaimana Nak Bahagia Kalau Tak Bercouple?

Persoalan ini sering ditanyakan kepada golongan yang menyampaikan kebenaran. Memang kita merasakan diri kita tak bahagia apabila tidak bercouple ini namun pesoalannya adakah perasaan itu datang dari iman kita?

Islam itu indah.Mesti ada hikmah mengapa bercouple dilarang. Jika kita lihat ibu bapa kita,adakah mereka bercouple sebelum berkahwin?Dan adakah benar pasangan yang bercouple sebelum kahwin tidak bercerai selepas berkahwin? Contoh cukup banyak dalam alaf ini. Jika itu kita tidak nampak,bermakna kita buta iman.

Allah telah menetapkan setiap manusia mempunyai pasangannya. Firman Allah dalam Surah An-Nuur ayat 26:


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Dalil ini membuktikan bahawa setiap orang yang baik akan dikurniakan pasangan yang baik dan jika sebaliknya berlaku, itu bermakna ujian dari Allah.

Adakah Berkawan Dengan Bukan Muhram Haram?

Persoalan ini pernah timbul dalam jiwa saya.Hasil soal jawab dan pertanyaan kepada golongan alim ulama,saya dapat huraikan sedikit sebanyak mengenai persoalan ini. Memang wujud kekhilafan dalam menjawab soalan ini. Ada yang menyatakan ia HARAM dan ada yang menyatakan ia HALAL TAPI BERSYARAT.

Berkawan tiada salah disisi Islam malah ia dituntut oleh Islam untuk mengeratkan ukhwah sesama manusia.Namun berkawan itu mestilah mengikut batas tertentu seperti:

Tidak membincangkan perkara yang menaikkan syahwat.
Apabila keluar, biarlah golongan wanita lebih dari kaum lelaki serta mestilah menutup aurat sepenuhnya.
Matlamat berkawan mestilah ikhlas kerana Allah.
Jangan bertemu di tempat yang boleh menaikkan nafsu.
Kawal pandangan mata apabila berjumpa (golongan Hawa mesti lebih dari lelaki)
Jumpa apabila benar-benar perlu.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:


“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Oleh itu apabila kita berkawan jagalah batas agama.Dan diingatkan setiap rujukan hasil penulisan ini bersumberkan al-Quran,Hadis serta pendapat alim ulama. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 20-22:


“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Akhir kalam,marilah kita jadikan sebagai cara hidup (ad-din) secara menyeluruh. Kepada yang tersinggung dengan penulisan saya ini,maafkan saya tapi kebenaran itu tetap kebenaran.Mungkin payah kita hendak berubah dan perkara ini memang turut saya alami ketika jahil dahulu.Tapi percayalah,setiap perkara ada hikmahnya. Firman Allah dalam Kalamullah dari Surah Al-Baqarah ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Jika ada tersilap langkah,tegurlah saya kerana saya bukan ustaz mahupun ulama tapi saya ingin sampaikan apa yang saya tahu. Wassalam

-one_ummah90-Very Happy
petikan dari blog aku http://suara-ummah.blogspot.com

_________________
Membangun Bersama Islam
Kembalikan Hidup Islam
Back to top Go down
View user profile http://suara-ummah.blogspot.com
 
Tak Nak Couple!!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Son Nauseated Dream, Married Couple Vision
» A couple of my paintings
» A couple of photo's from 2005
» Couple of nice protein drinks - USA
» Water only hot for a couple of mins then runs cold!! HELP

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Tipz Corner-
Jump to: