~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 TIPS!!

Go down 
3 posters
AuthorMessage
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 33
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

TIPS!! Empty
PostSubject: TIPS!!   TIPS!! Icon_minitimeMon Mar 31, 2008 1:44 pm

Tips Lanjutkan Hayat Telefon Bimbit Anda

Perkembangan teknologi telekomunikasi telefoni mudah alih wayarles meluncur begitu
cepat sehingga hampir tidak terkejar oleh kebanyakan pengguna biasa,
yang lazimnya hanya mahukan suatu peranti untuk berhubung dengan orang
lain dengan cepat.

Telefon bimbit yang begitu versatil dan pelbagai fungsi itu kini
semakin mengecil dan dipenuhi dengan begitu banyak fungsi-fungsi baru,
seperti menjadi PDA mudah, menjaga kalendar anda dan banyak lagi fungsi
lain yang pastinya meruntun tali hati pengguna sehingga sanggup
mengeluarkan jumlah wang yang agak besar untuk memiliki telefon bimbit
yang menambat mata mereka.

Disebalik kecanggihan dan kefungsian amat berguna mod telekomunikasi
tersebut, ia bukanlah suatu alat yang lasak dan tidak memerlukan
perhatian dan penjagaan berterusan penggunanya. Seperti kebanyakan
peranti yang bersifat elektronik, telefon bimbit mestilah dijaga dengan
cermat.

Untuk itu, Nokia (M) Sdn Bhd menyarankan beberapa tip untuk mempastikan
penjagaan telefon bimbit pengguna bagi membolehkan pemanjangan hayat
medium telekomunikasi peribadi versatil itu.

Pertama:
Kebanyakan telefon bimbit tidak tahan hentakan, tidak kalis
air dan tidak kalis habuk, kecuali mungkin model Nokia 6250. Binaan
litar elektronik di dalam semua telefon bimbit adalah amat halus, dan
sebarang pendedahan kepada kerpasan, kelembapan dan cecair yang
mengandungi mineral boleh menyebabkan hakisan ke atas litar-litar
elektronik tersebut.

Kedua:
Pengguna disarankan supaya mengelak daripada mengendalikan
telefon bimbit dengan cara kasar, seperti menjatuh atau menghentaknya
yang pastinya akan merosakkan papan litar dalaman.

Pendedahan kepada tempat berhabuk yang kronik boleh menyebabkan kotoran
halus memenuhi ruang-ruang kecil pada permukaan telefon.

Ketiga:
Pengguna dinasihatkan membersihkan telefon bimbit dengan
mengelapnya menggunakan kain lembut yang telah dibasahkan sedikit
dengan sabun dan air. Namun begitu penggunaan bahan kimia menghakis,
pelarut pembersih atau serbuk atau larutan detergen kuat boleh
merosakkan telefon bimbit.

Keempat:
Kelasakan sesebuah telefon bimbit juga bergantung kepada
ketahanan alat-alat elektronik dan bahan plastik tertentu. Suhu terlalu
tinggi akan merosakkan komponen-komponen tersebut.

Begitu juga jika telefon diletakkan di tempat yang terlalu sejuk,
seperti peti ais atau freezer, kerana apabila telefon itu digunakan
semula pada suhu biasa, lembapan (condensation) akan terbentuk di dalam
telefon yang pastinya akan merosakkan papan litar elektronik, dan
merosakkan memori dan fungsi paparan.

Kelima:
Penyelenggaraan bateri dan alat pengecas dengan baik juga amat
penting ke arah menjamin prestasi optimum telefon bimbit pengguna.
Kedua-dua komponen tersebut juga amat sensitif terhadap suhu sekeliling
dan haba.

Jika bateri dicas terlalu lama, ia akan menjadi terlalu panas dan
memendekkan hayat bateri, dan prestasinya akan menurun dan jangka
standby dan komunikasi akan menjadi lebih singkat.
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 33
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

TIPS!! Empty
PostSubject: Re: TIPS!!   TIPS!! Icon_minitimeFri Apr 04, 2008 6:13 pm

aku nak tambah sikit,
kepada sape2 yg suke off handphone, tahukah anda sbnarnye kuasa utk mnghidupkan handphone slepas di switch off adalah bersamaan satu jam penggunaannya. so, drpd off hp, better wat silent jek.. lagi jimat.. Wink
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
waniey90
New User
New User
waniey90


Number of posts : 37
Age : 33
Location : pahang
Age : 18
Registration date : 2008-04-11

TIPS!! Empty
PostSubject: Re: TIPS!!   TIPS!! Icon_minitimeSat Apr 19, 2008 2:38 pm

tip y bguna kepada ku!!
baru pos kat talipon baru (sony ericsson) tadik...
Back to top Go down
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 33
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

TIPS!! Empty
PostSubject: Re: TIPS!!   TIPS!! Icon_minitimeSat Apr 26, 2008 3:57 am

TIPS!! Leftearwj0
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 33
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

TIPS!! Empty
PostSubject: Re: TIPS!!   TIPS!! Icon_minitimeSat Apr 26, 2008 9:18 pm

emm.. tp aku dh biase angkt phone gne tgn kanan, so, automatik ltak di telinga kanan..
thnx 4 the in4mation!
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
waniey90
New User
New User
waniey90


Number of posts : 37
Age : 33
Location : pahang
Age : 18
Registration date : 2008-04-11

TIPS!! Empty
PostSubject: Re: TIPS!!   TIPS!! Icon_minitimeSun Apr 27, 2008 4:12 pm

haah... bejam2 lak tu burak kalu da nagkat talipon..
ha.. kalu blah kiri padan la xbape nak denga...
ok2... tq ameeroz!!
Back to top Go down
waniey90
New User
New User
waniey90


Number of posts : 37
Age : 33
Location : pahang
Age : 18
Registration date : 2008-04-11

TIPS!! Empty
PostSubject: Re: TIPS!!   TIPS!! Icon_minitimeSun Apr 27, 2008 4:19 pm

ha.. kau ader tips sape y talipon dy TERMASUK DALAM AIR, TERENDAM ATAU BERISIKO TERKENA AIR.
seperti y kita semua tahu, air adalah musuh utama enpon.. kne sket je, cpat out...

then kalau keringkan pon masih ada titisan air dalam enpon tu n akan menyebabkan berlakunye penyejatan dan keadaan tersebut akan merosakkan cip di dalam enpon tersebut

oleh itu, kalu enpon korang termasuk dalam air, letak enpon tu dalam beras..
beras y bersifat menyerap air ini mampu menyerap lebihan titisan air y ade dlm enpon tu..

aku sendiri da wat eksperimen, pas da letak dlm beras untok beberapa ketika, enpon tersebut dapat berfungsi seperti biasa..

ni ikhtiar je la kalu nak slamatkan enpon tu.. selamat mencuba!!



NO FEAR!! (^_^)
Back to top Go down
Sponsored content





TIPS!! Empty
PostSubject: Re: TIPS!!   TIPS!! Icon_minitime

Back to top Go down
 
TIPS!!
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tips Eratkan Persahabatan
» TIPS JAGA BUKU
» 10 MEMORY IMPROVEMENT TIPS
» TIPS HILANGKAN JERAWAT
» TIPS FOR STOP SMOKING

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Media Section :: Handphone Talk-
Jump to: