~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Hargai Ibu Anda Sementara Ianya Masih Ada..

Go down 
AuthorMessage
HyperPlasma
Admin
Admin
HyperPlasma


Number of posts : 938
Age : 34
Location : Alor Star
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Hargai Ibu Anda Sementara Ianya Masih Ada.. Empty
PostSubject: Hargai Ibu Anda Sementara Ianya Masih Ada..   Hargai Ibu Anda Sementara Ianya Masih Ada.. Icon_minitimeFri Apr 04, 2008 12:40 am

Tinta Citra: Hargai ibu ketika masih ada
Oleh Fadzlena Jafar

Assalamualaikum


SAYA tertarik dengan cerita seorang pendengar lelaki yang menghubungi program Pagi di Era, mengenai kenangan indah bersama ibunya yang kaki bola. Kata pendengar itu, ibunya sanggup bangun pagi hari bersamanya semata-mata untuk menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran mereka.

Siapa sangka ya, lazimnya hanya bapa saja yang kaki bola, tetapi dalam kes pendengar itu ibunya pula yang peminat setia bola. Seorang pendengar pula bercerita mengenai kenangan membantu ibunya menoreh getah pada pagi hari.

Bayangkan, tatkala kanak-kanak sebaya lain sedang lena diulit mimpi, beliau pula sudah bangun menyiapkan sarapan untuk dihantar kepada ibunya. Meskipun itu cerita 20 tahun lalu, seperti kata wanita itu memori bersama ibunya itu menjadi kenangan abadi yang tidak mungkin dilupakan.

Saya pasti setiap daripada kita mempunyai catatan sama ada pahit mahupun manis bersama ibu tersayang. Saya juga tidak terkecuali. Ketika melahirkan anak pertama tujuh tahun dulu, sepanjang di bilik bersalin menahan sakit saya asyik terfikir bagaimana emak boleh melalui kesakitan itu sebanyak lima kali.

Orang kata, sakit beranak sakit yang paling hebat sehingga diibaratkan nyawa di hujung tanduk, inikan pula lima kali. Malah, saya difahamkan ketika emak melahirkan saya, abah tiada di sisi kerana bertugas di perbatasan nun jauh di Sarawak.

Tinggallah emak dan kakak yang ketika itu baru berusia setahun setengah sendirian di Taiping, jauh dari kampung di Johor. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana emak terpaksa menjaga kami dua beradik seorang diri. Bagaikan terbayang-bayang emak terpaksa menggagahkan diri untuk melakukan kerja rumah dan memasak meskipun secara ala kadar ketika berpantang.

Sejak itu, saya akui lebih menghargai pengorbanan emak dan abah. Dulu ketika remaja dan sebelum berkahwin, kita tidak nampak pengorbanan ibu bapa bagi membesarkan kita, tetapi apabila sudah mempunyai keluarga sendiri, barulah tahu pahit getir untuk membesarkan anak.

Saya pernah mendengar kisah ibu yang terpaksa mengikat perut menahan lapar bagi memastikan anaknya dapat menikmati sesuap nasi. Biar dia lapar dahaga, asalkan anaknya dapat menikmati makanan walaupun sekadar nasi berlauk telur goreng.

Saya juga ada mendengar kisah ibu yang tidak pernah bertukar baju pada Aidilfitri asalkan anaknya dapat menggayakan baju kurung baru untuk berjalan pada pagi raya bersama temannya.

Begitu besar pengorbanan ibu, tetapi dalam beberapa perkara kita bagai lupa jasa mereka. Ada yang sanggup meminggirkan ibu hanya kerana cinta kepada lelaki yang baru dikenali sehari dua. Ada juga yang enggan menjenguk ibu di kampung kerana terlalu mengikut kata suami.

Pernah dengar cerita anak yang sanggup kahwin lari kerana tidak mendapat restu ibu bapanya? Bagaimana dengan cerita anak yang tidak sanggup mengaku ibunya semata-mata tidak mahu bakal isteri atau suami mengetahui dia berasal daripada keluarga miskin?

Kisah si tanggang bukan hanya berlaku dalam buku, hakikatnya perbuatan sebegitu masih ada pada zaman moden ini. Namun, ramai yang tidak menjadikan ia sebagai iktibar biarpun cerita itu begitu popular dalam masyarakat kita. Malah, kesedaran hanya timbul apabila ibu sudah tiada.

Ketika itu, keluar air mata darah sekali pun ibu sudah tiada hendak memberikan keampunan. Justeru, pastikan jika anda antara insan yang ‘bermasam muka’ dengan ibu atau sudah lama tidak menjenguk ibu di kampung, inilah masa terbaik untuk merapatkan kembali hubungan itu.

Jangan jadikan perselisihan faham dulu membuatkan kita alpa dengan jasa ibu yang tidak ternilai. Ingatlah, syurga di bawah tapak kaki ibu..
Back to top Go down
https://90born.forumotion.com
 
Hargai Ibu Anda Sementara Ianya Masih Ada..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» lagu2 lama yg masih evergreen....
» Bantal & Anda
» Ape pendapat anda?.....
» Game GAMEBOY di HP anda???
» anda kat mana sekarang, buat apa???

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: