~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 APABILA ENGKAU MARAH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: APABILA ENGKAU MARAH   Mon Apr 07, 2008 4:56 pm

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak
dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu
masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan
seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya
pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di
hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu”
jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku
sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat
mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan
juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal
kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu
tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun
memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan
gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut
kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang
ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut
kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas
memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan
bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut
dan berkata, “Kau telah melakukannya dengan baik,
anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok
batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama
lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu
atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan
meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.”

“Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan
membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali
kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal
.”
Back to top Go down
 
APABILA ENGKAU MARAH
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Yahudi Marah Ketika Lihat Karya Seni ini
» Surga Gay di Tanah Dijanjikan Tuhan
» bolehkah wanita menolak lamaran laki-laki?
» ketempelan jin
» bila lupa sedang bernazar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: