~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Adab-Adab Islam

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
one_ummah90
Moderator
Moderator


Number of posts : 99
Location : mergong
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

PostSubject: Adab-Adab Islam   Thu Apr 10, 2008 12:35 pm

Assalamualaikum...

Aku kembali lepas skian lama aku mnyepi.hoho...sini aku nak kgsikan skit adab-adab Islam yg mngkin kita dh lupa.Adab-Adab ni merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Aku mulakan dgn adab2 be4 tdo:


1. Bersihkan diri sebelum tidur
2. Alas tempat tidur dengan cadar
3. Kibas tempat tidur 3x
4. Kepala mengadap kiblat
5. Laksanakan solat taubat
6. Baca 4 Qul
7. Baca ayat Qursi
8. Baca Alhamdulillah 33x
9. Baca Subhanallah 33x
10. Baca Allahuakbar 33x
11. Baca Bismillah 21x
12. Selawat 10x
13. Maafkan semua insan
14. Doa-Allah Humma Bismika Amutu Wa ahya
15. Mulakan tidur mengereng ke kanan
16. Jika mimpi buruk . ucapkan Astaqfirullah 3x dan balikkan bantal
17. Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat
18. Bangun solat tahajud dan diakhiri dengan solat witir
19. Baca Quran perlahan –perlahan
20. Doakan bacaan kita untuk ibu dan ayah
21. Baca doa bangun tidur – Alham Dullillah Hillazi Ahyana Ba dama Amatana Wailai Hinnusyur.

insyaAllah lpas ni da lg adab2 yg aku bgtau.renung2kan dan selamat beramal..huhu Very Happy

_________________
Membangun Bersama Islam
Kembalikan Hidup Islam
Back to top Go down
View user profile http://suara-ummah.blogspot.com
annemishi
Addicted
Addicted


Number of posts : 224
Age : 26
Location : kedah dowh~~~
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

PostSubject: Re: Adab-Adab Islam   Thu Apr 10, 2008 1:18 pm

thxs....
ak ada adab makan...
tp ntah hilang mna ntah...T_T
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/altoniso
annemishi
Addicted
Addicted


Number of posts : 224
Age : 26
Location : kedah dowh~~~
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

PostSubject: Re: Adab-Adab Islam   Thu Apr 10, 2008 1:24 pm

Aku datang dari keluarga yg besar... 16
adik beradik, bila sesekali
berkumpul, dah tentu mak aku akan buat
majlis makan besar-besar dan
best-best!!!
Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua
yg suka stail aku, apabila aku bawa
gaya hidup "gaya pulang ke pangkal
jalan'"... maka adalah yg tak kena sana
sini...
Masa makan, aku pun duduk lah cara
Nabi... (rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer..."
"tak baik lutut tinggi pada makanan..."
"ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku
buat muka seposen... aku pun basuh
tangan.
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan
sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan
dan berkumur, insyaAllah jika korang
amal nie, sebelum korang mati Allah
akan mempermudahkan segala urusan hutang
piutang korang.
- Hutang kereta/rumah/ kahwin/study/
along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir... ada
baiknya juga Nabi tak makan pakai
sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai
sudu, susah pulak org miskin macam aku
nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu
material apa? stainless steel ke
inconnel 601? nak pakai colour camne?
matelic ke cooper? kan susah tu!!!
tu belum lagi jika Nabi makan pakai
kerusi dan meja... bentuk bulat ke
bentuk heksagon? oktagon? nanagon? nak
kena pergi Kedai perabot buat
ansuran mudah! jimat ! hanya RM1 dan
tunggu 30 hari, kunjungilah kedai
perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!
Biasa korang belajar doa makan macam
nie: "Allahummabariklana (hingga
akhir) tapi tu sebenarnya doa tengok
makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari
(sunnah Nabi) kemudian, ada pulak
suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"
aku kata: "huh, anak cina makan dengan
dua kayu elok2 habis nasi satu
pinggan!!!"
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan
dengan tiga jari, org lain makan
dengan lima jari, maka aku lihat kadar
flow of suapan dan kadar quantity of
lauk-pauk diorang lebih laju dan maju,
maka aku menukar jariku dari 3
kepada 5... oh... tepuk dada tanya iman...
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg
tidak berbasuh...
Diorang tegur: "issh... pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan
nasi, bukan tahik!!!" (tapi aku kata
dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah
betul!!" tanya diorang pada aku...
"Makan ayam sedap sampai ke kaki...
makan sate sedap sampai ke lidi he he
he" kataku...
Banyak pulak diorang komplen cara aku
makan... err maksud aku cara Nabi
makan... aku tahu tak berguna berdebat
ngan mereka lalu aku ubah topik
dengan bertanya:
"Tahukah korang kenapa lembu makan
rumput dan kambing makan daun?"
Abang aku kata: "sebab tengkuk lembu
berat... bla bla bla..."
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput
dan kambing makan daun sebab mereka
lapar!!! (tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi
sebab kita hari2 makan, tapi bila
tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan
kambing makan sajer, namun bila korang
makan macam Nabi saw makan, maka di
kira ibadat. Masa nak makan, niatlah
makan kerana perintah Allah, namun
kena nafikan makanan yg bagi kenyang.
Hakikatnya kenyang datang dari kudrat
Allah"
Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan...
(bayangkan seorang mak cik sedang
tercekik tulang).
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat
secara berperingkat, ada yg sarankan
agar makan pisang, minum air dengan
capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi
masih tak berjaya... kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara
sunnah Nabi nak buang tulang tercekik
camne? Cakap terer..." kata abang aku.
Aku kata: "Senang sajer... Mak angkat
kedua-dua tangan ke atas..."
Mak aku pun buat... tapi masih tak jadi...
Aku kata: "Lurus Mak, tangan mak dua-dua
kena lurus... !!!" (bayangkan
seorang makcik yg sedang duduk bersila
sambil kedua-dua tangan diluruskan
ke atas, tangan kanan masih terdapat
sisa2 nasi, manakala di lengan dan
tengkuk di penuhi dengan rantai emas...)
Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN
RETURN!!!!!! "
HA HA HA... (semua org ketawa) - nasi
berhembur-hembur di sana sini. Mak
aku juga ketawa... sehingga tulang yg
tercekik itu terkeluar... semuanya
dari Allah!!!
He he he... selamat mencuba, ni bukan
hadith, just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat
(over ketawa sehingga tulang
mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis
tidak bertanggung jawab!!! (superman
pun akan jadi mayat)
Carilah sebutir permata dalam timbunan
kaca walau jarimu terluka

p/s:huhuh....skdar pengajaran....
nih ak copy paste jerk... lol!
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/altoniso
Sponsored content




PostSubject: Re: Adab-Adab Islam   Today at 6:18 am

Back to top Go down
 
Adab-Adab Islam
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Iktikaf
» from 5th dec 2009 - every saturday - Adab Shar'iyyah by Abuz Zubair Lewisham London UK
» adab menyambut kelahiran bayi
» The Second Pillar of Islam: The Prayer
» 30 Dec 09 - Noor al Islam charity dinner - Walthamstow London UK

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: