~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 REMAJA GEMAR BERDAKWAH TAPI BUAT MAKSIAT

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
enginerd_182
Moderator
Moderator


Number of posts : 439
Age : 26
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

PostSubject: REMAJA GEMAR BERDAKWAH TAPI BUAT MAKSIAT   Tue Apr 15, 2008 12:56 pm

REMAJA GEMAR BERDAKWAH TAPI BUAT MAKSIAT


ASSALAMUALAIKUM WBT,

SAYA seorang remaja yang bergiat dalam kegiatan dakwah.Sudah banyak kawan-kawan saya sedarkan untuk menyertai dakwah Islam dan meninggalkan cara hidup jahiliah.

Boleh dikatakan,prioriti dalam hidup saya ialah berdakwah kepada saudara-mara,rakan-rakan ,dan masyarakat.

Namun,pada masa yang sama,saya mempunyai masalah yang lebih besar lagi iaitu tidak mampu menahan hawa nafsu daripada berbuat maksiat.

Untuk pengetahuan Kak Nisa`,sebelum saya berhijrah,saya juga seperti kebanyakan anak-anak muda yang lain,suka berfoya-foya serta mempunyai teman wanita.

Namun,saya tidak dapat tinggalkan semua cara hidup lama seperti panas baran,mengelamun, melihat benda lucah,melambat-lambatkan sembahyang serta meniggalkannya.

Pada masa saya mengajak orang berbuat kebaikan ,sedangkan dalam masa yang sama ,saya masih berbuat maksiat.Saya takut ALLAH akn tarik balik hidayah ini dan tutup pintu hati saya semula..


Saya tidak tahu macam mana caranya untuk istiqamah meniggalkan perbuatan maksiat ini.Walaupun rakan-rakan tidak mengetahui hal ini,saya berasa malu terutamanya dengan ALLAH SWT.Sudah banyak kali saya cuba tinggalkan,tapi gagal.Tolonglah kakNisa`,saya seakan-akan mahu berputus asa meneruskan kerja dakwah ini.Sudah ramai rakan-rakan yang mengikut saya,saya takut kalau mereka mengetahui hal ini semuanya akan meniggalkannya semula.

Jiwa saya selalu tidak tenang dan runsing.Saya tidak mahu lagi hidup sebegini.Saya takut segala amalan-amalan yang saya sudah saya kerjakan tidak diterima ALLAH SWT malah menerima kemurkaan-NYA.

Saya berharap sangat dapat menjadi sempurna,seorang pejuang Islam yang terbaik di sisi ALLAH SWT seperti sahabat-sahabat RadhiyallAllahui`anhu dan termasuk dalam golonagan yang diredhai ALLAH SWT.

Saya harap kak Nisa` dapat membantu.


.
INSAN TAKUTKAN KEMURKAAN ALLAH…

______________________________________

Setiap makhluk tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,termasuk kita manusia yang sering tersilap langkah sehingga mengakibatkan dosa.Allah Maha Mengetahui,Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,menetapkan supaya hamba-Nya sentiasa bertaubat atas segala kesilapan lalu.


Adik,setiap kita sama ada sedar atau tidak,pasti akan diuji oleh Allah SWT,yang berupa kesenangan atau kesusahan.Ini tidak lain dan tidak bukan untuk melihat manakah hamba-Nya yang lebih baik amalannya.

Dalam masa yang sama ,kita juga sedia tahu bahawa syaitan bekerja keras sedaya upayanya untuk untuk menyesatkan amalan anak Adam,supaya sama-sama mendapat seksa di neraka kelak.


Menyedari syaitan memasang dan merancang strategi kotor dengan pelbagai tipu helah nya untuk menyesatkan kita,kita harus bersama-sama mempersiapkan diri supaya tidak menjadi mangsanya.Justeru,kita juga perlu memikirkan jalan-jalan yang terbaik buat diri kita untuk menghadapinya.


Sebelum kita pergi lebih jauh,mari kita selami ayat ini sebagai peringatan.

“Adapun orang-orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya maka syurgalah yang menjadi tempat tinggalnya.”-An-Nazi`at:40-41


Adik,


Berdasarkan apa yang adik ceritakan,perlu diingatkan bahawa pandangan mata adalah merupakan panah syaitan.Sedikit demi sedikit ia menguasai hati kita yang boleh mendorong kepada ingin mencuba melakukan perkara-perkara lain pula yang lebih terkutuk sama ada sedar atau tidak sedar.


Dalam menghadapisegalanya ,kekuatan hati memainkan peranan yang penting.Allah pula telah mengajar kepada kita bahawa tiada daya dan tiada kekuatan melainkan kekuatan dari Allah.Kekuatan itu datangnya dari ketakwaan.Justeru,mari kita semuanya mempertingkatkan diri untuk menjadi hamba yang bertakwa.

Islam juga mengajar kita untuk menjadi hamba yang bersabar.Dalam konteks yang adik ceritakan pula,mudah-mudahan,adik bersabar daripada panas baran dan pelbagai kehendak yang dilarang oleh –Nya demi kebaikan hambanya sendiri.Allah Maha Pengasih,mengajarkan hamba-Nya cara bersabar dengan melakukan solat.Solat membawa kita menanamkan hubungan dengan Allah.


“Jadilah orang yang sabar dan solat sebagai pembantumu.Dan sungguh yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang khusyuk”-Al-Baqarah;64

Berusahalah juga memupuk diri supaya menjauhkan daripada cinta dunia dan menggantikan dengan mencintai ILAHI.
Tetapi cinta Allah adalah dengan izin dan reda Allah.Jadi inginkannya,kita perlu berusaha kea rah redha Allah dan Allah Maha penerima taubat.

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan penyebab timbulnya kelalaian,dan pelbagai hiasan serta sikap bermegah-megahan di antara kamu,serta berbangga-bangga terhadap anak-anak.”Al-Hadid:20

Adik,didiklah diri dengan mengingati mati itu hampir.Melazimi mentadabbur surah-surah yang memperingatkan tentang kiamat,mati,dan pelbagai lagi ayat Allah,yang sudah pasti bekalan berguna untuk hamba-hamba-Nya yang ikhlas ingin mencari jalan kepada-Nya dapat mengingatkan kita tentang bahaya dan seksanya.



Di samping itu,QUran juga menyingkap pelbagai rahsia dan ilmu untuk hamba-hamba-Nya mendapatkan bekalan untuk menjalani kehidupan.

Dimana saja kamu berada,mati pasti akan menjumpai sekalipun kamu berada dalam mahligai yang kukuh kuat-An-Nisa`;78


Adik.didiklah juga hati dengan banyak mengingati Allah,supaya hati menjadi tenang.Diri kita,hati kita dan sekeliling kita adalah kepunyaan Allah dan di bawah penguasaan Allah.


Hadiahkanlah hati kalimat-kalimat yang mengingatkan kita pada Ilahi,mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan tidak lagi mencari perkara yang bukan-bukan yang ditipu daya oleh syaitan untuk menenangkan hati.

Disamping itu,carilah persekitaran,kawan dan penasihat yang baik untuk memastikan diri selamat daripada tipu helah syaitan.Kita punyai hak keatas diri kita untuk memastikan kita terselamat daripada seksa kelak.

Akhir kata,binalah hidup yang baru,yang diredhai ALLAH.Ambillah nasihat daripada rakan-rakan atau orang-orang berilmu untuk memperbaiki diri sebab kadang kala kita terlepas pandang dengan kesilapan sendiri.Carilah ilmu berkaitan menyucikan hati sama ada melalui bacaan ,ceramah dan kuliah,supaya kita tahu bagaimana menyelesaikan masalah.



~ALLAH KNOWS BEST~
TEMAN YANG MENDENGAR







QUOTED FROM,
harakah Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven
Back to top Go down
View user profile
one_ummah90
Moderator
Moderator


Number of posts : 99
Location : mergong
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

PostSubject: Re: REMAJA GEMAR BERDAKWAH TAPI BUAT MAKSIAT   Tue Apr 15, 2008 10:04 pm

ni artikel dalam harakah kan.semoga dpt manfaat darinya

_________________
Membangun Bersama Islam
Kembalikan Hidup Islam
Back to top Go down
View user profile http://suara-ummah.blogspot.com
 
REMAJA GEMAR BERDAKWAH TAPI BUAT MAKSIAT
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» menikah tapi belum bekerja
» Aturan Pengeras Suara Buat Masjid Bakal Disahkan?
» Siksan Buat Bangsa Durhaka
» ALLAH DALAM AL-QURAN DAN ALKITAB TERNYATA BEDA OKNUM ALLAH
» Ketika Umat Muslim Memerangi Umat Yahudi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: