~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 18 Tahun:Halal Ke?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
one_ummah90
Moderator
Moderator


Number of posts : 99
Location : mergong
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

PostSubject: 18 Tahun:Halal Ke?   Mon Apr 21, 2008 9:52 pm

Assalamualaikum...

Sekian lama umat Islam di Malaysia khususnya kaum Melayu menyalah tafsir mengenai kebebasan seseorang individu.Rata-rata umat Islam Melayu menganggap bahawa apabila mencapai umur 18 tahun,pelbagai aktiviti yang kurang bermoral boleh dilakukan. Setelah sekian lama kita menyalah tafsir mengenai perkara ini,ayuh kita sama-sama renungkan beberapa perkara yang dikatakan boleh dilakukan apabila mencapai umur 18 tahun.

Pornografi Halal Ditonton Apabila Berusia 18 Tahun?

Perkara pertama yang saya hendak sentuh dalam topik ini ialah menonton video,gambar atau lakaran lucah. Ramai orang veteran (baca:tua) kata,"budak kecil tak boleh tengok lagi gambar lucah sebab boleh rosakkan minda".Ayat ini sering kita dengar setiap kali golongan ini menasihati anak-anak kecil apabila anak-anak ini terlibat dengan gejala ini.Persoalannya,benarkah apabila sudah mencapai umur dewasa yakni 18 tahun,perkara ini menjadi halal?

Rasulullah S.A.W bersabda: "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain".

Hadis ini secara terang lagi bersuluh menyatakan haram melihat aurat golongan ajnabi.Jika fahaman yang menyatakan melihat video,gambar serta lakaran lucah ini dibenarkan apabila mencapai umur 18 tahun, bermakna fahaman ini adalah fahaman NAFSU. Kita,sama ada berusia 10 tahun mahupun 18 tahun ke atas,DILARANG sama sekali menonton aksi lucah kerana ia semestinya akan mendedahkan aurat golongan bukan muhram kita.

Selain itu,menonton aksi lucah juga boleh merosakkan minda serta akal manusia.Secara logik,jika kita menghafal kesemua ayat al-Quran dan secara sengaja kita menonton aksi lucah,percayalah kita akan lupa sebahagian besar kalimah suci tadi malah mungkin kita akan lupa kesemua surah yang kita baca.Semua ini hanya berpunca daripada mata manusia yang melihat perkara yang diharamkan.Renungkan ayat ini,"Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

Rokok:Satu Persoalan

Jika kita lihat di kedai-kedai runcit,ayat 'Dilarang menjual rokok kepada golongan bawah 18 tahun'. Ayat ini secara tidak langsung juga cuba menyatakan bahawa merokok adalah haram ketika berusia bawah 18 tahun namun 'halal' apabila berusia 18 tahun ke atas.Aduhai,mudah sungguh hukum berubah.

Persoalan hukum rokok sememangnya mempunyai beberapa khilaf namun mari kita lihat dari sudut pendapat golongan yang menyatakan bahawa rokok itu haram.Pendekatan yang digunakan untuk menetapkan hukum merokok, adalah dengan melihat akibat yang nampak ditimbulkan oleh kebiasaan ini.

Diketahui bahwa merokok menyebabkan bau nafas yang kurang sedap. Fakta ini kemudian dianalogkan dengan gejala serupa yang dijumpai pada masa Rasulullah Saw,iaitu larangan mendatangi masjid bagi orang-orang yang habis makan bawang putih/bawang merah mentah, kerana bau tak sedap yang ditimbulkannya.Hadis mengenai hal ini diriwayatkan antara lain oleh Ibnu Umar, ra, dimana Nabi bersabda, "Siapa yang makan dari tanaman ini (bawang putih) maka jangan mendekat masjid kami" (HR Bukhari-Muslim).

Selain itu,kajian saintifik juga menyatakan bahawa asap rokok boleh menjejaskan kesihatan. Dalam Islam, jelaslah bahawa Allah mengharamkan perkara yang memudaratkan kesihatan seperti FirmanNya dalam Kalamullah "Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan” [Al-Baqarah : 195].Rokok juga membahayakan kesihatan orang lain.Apabila seseorang menghisap rokok,orang yang tidak bersalah juga akan turut mendapat tempiasnya.Perkara ini sama sekali dilarang dalam Islam. Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan juga tidak oleh membahayakan (orang lain)” [Hadits Riwayat Ibnu Majah, kitab Al-Ahkam 2340]

Selain itu,rokok juga mampu mengkhayalkan para perokok.Khayalan ini nyata diharamkan dalam Islam. Terdapat hadis yang bermaksud: "Setiap yang memabukkan itu adalah haram" (Riwayat Muslim).Hadis ini dikuatkan lagi dengan hadis ini: "Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram". (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

(Perkara ini akan diulas di lain masa)

Berdating Ketika Remaja

Umur 18 tahun tidak akan terlepas dari perasaan ingin bercinta dan dicintai.Pelbagai madah-madah berhelah diberikan kepada pasangan masing-masing bagi membuktikan mereka itu setia. Tabiat bercinta tanpa sempadan ini akhirnya membawa kepada aktiviti berdating. Tabiat ini hanya dilakukan oleh golongan yang rata-rata mempunyai akal yang sihat tetapi hati yang gelap lagi busuk.

Tabiat ini dikatakan boleh dilakukan selepas mencapai kebebasan hidup iaitu lari dari perhatian ibu bapa. Usia remaja menikmati kebebasan melakukan apa sahaja perkara bermula ketika berumur 18 tahun. Lalu peluang ini digunakan untuk melakukan aktiviti dating.

Aktiviti dating ini sememangnya kian parah.Berdating sebenarnya adalah haram. Hal ini berpunca apabila dua orang anak Adam ini akan berjumpa tanpa ditemani oleh golongan muhram.Perkara ini nyata mampu menarik pasangan tadi kelembah yang lebih hina iaitu ZINA. Allah berfirman dalam Kalamullah: Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perkara yang keji dan sesuatu jalan yang buruk (surah al-Israa' ayat 32). " Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya iaitu tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Selain itu,apabila pasangan ini berjumpa tanpa ditemani oleh golongan muhram,maka pihak ketiga akan muncul yakni syaitan.“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, janganlah ia bersunyi sepi berduaan dengan wanita yang tidak didampingi mahramnya, kerana yang menjadi pihak ketiganya adalah syaitan.” (Hadis Riwayat Ahmad)."Ketahuilah yang ketiga itu adalah syaitan"(Riwayat Abu Daud)

Kesimpulan

Perkar-perkara yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian sahaja perkara-perkara yang dikatkan boleh dilakukan ketika berusia 18 tahun ke atas walhal ianya haram.HARAM TETAP HARAM.Kepada yang membaca artikel ini,marilah sama-sama kita elakkan diri kita dari melakukan perkara-perkara yang dilarang.Kita mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mahu ke arah kebaikan atau ke arah kemungkaran. Artikel ini saya tujukan untuk diri saya serta semua kaum Muslimin.Akhir kalam renungkan Hadis Rasulullah S.A.W ini:

"Ketahuilah bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging,yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu,ketahuilah, ia adala hati" (Riwayat Muslim)

ni artikel dari blog aku http://suara-ummah.blogspot.com

_________________
Membangun Bersama Islam
Kembalikan Hidup Islam
Back to top Go down
View user profile http://suara-ummah.blogspot.com
Dozen
Active User
Active User


Number of posts : 373
Age : 26
Location : Kuala Lumpur
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

PostSubject: Re: 18 Tahun:Halal Ke?   Thu Apr 24, 2008 6:11 pm

Mcm kbnaran tgk citew 18SX ni erk. Tu arr bnda yg dh mmg haram dwnk kta halal gaks. Skank ni aku wisau dgn trend dedahkn aurat pstu dye2 rmbut Rolling Eyes
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/dozenrox
one_ummah90
Moderator
Moderator


Number of posts : 99
Location : mergong
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

PostSubject: Re: 18 Tahun:Halal Ke?   Thu Apr 24, 2008 6:13 pm

pa yg dpt tgk la..aku tgk trend tdung dh lari dr syariat.bukan suma yg buat tp yg geng sdikit la yg akan pengaruhi org

_________________
Membangun Bersama Islam
Kembalikan Hidup Islam
Back to top Go down
View user profile http://suara-ummah.blogspot.com
Dozen
Active User
Active User


Number of posts : 373
Age : 26
Location : Kuala Lumpur
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

PostSubject: Re: 18 Tahun:Halal Ke?   Thu Apr 24, 2008 6:21 pm

Tu lew kta ni asik mengikutkn barat sgt dn mcm ni lew jdinya. Hope ada savior dkat Malaysia ni yg dpt selamatkn kta sume. Alhamdulilah skank dkat Selangor golongan ulama dh bley bersuara lbey2 lg msa khutbah. Klu dlu khutbah asik ikot text je dn mcm robot. Aku berasa smngat bilew dgr khutbah jumaat skank coz ayat2 ulama lbey jujur, terang, bperasaan dn bley insafkn kta Wink
Back to top Go down
View user profile http://www.myspace.com/dozenrox
Sponsored content




PostSubject: Re: 18 Tahun:Halal Ke?   Today at 8:29 pm

Back to top Go down
 
18 Tahun:Halal Ke?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» minuman keras halal di surga
» Kisah Loo Jo Yee Gadis Cina 17 Tahun Peluk Islam (bahasa Melayu)
» HYENA halal atau haram?
» Fatwa about writing Fiction
» Gathuk2an Tingkat Tinggi: Micro-Chip Salah Satu Pertanda Kiamat ?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: