~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap Empty
PostSubject: 10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap   10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 5:10 pm

Kebolehan berucap menjadi kriteria utama mengukur kemampuan anda berhadapan degnan sesiapapun. Sebagai contoh, pembentangan kertas kerja di hadapan ahli lembaga pengarah, pelanggan atau rakan sekerja memerlukan keberanian dan keyakinian diri yang tinggi. Contoh terdekat dalam Islam dan perlu dipraktikkan ialah apabila melihat kelantangan dan keberanian Asma' bt Yazid, seorang pemidato wanita terulung kerana keberanian dan kepandaiannya berhujah.

Perasaan gementar adalah perkara biasa bagi anda yang jarang memberikan ucapan di khalayak ramai. Ini menunjukkan anda seorang yang mahu melakukan yang terbaik. Walau bagaimanapun, perasaan gementar yang keterlaluan tidak akan membantu anda untuk maju kerana pihak atasan gagal melihat kebolehan anda berucap. Berikut adalah cara sesuai untuk anda mengawal perasaan gementar dan menjadikan ucapan anda lebih berkesan dan sukar dilupakan.


1. Biasakan diri dengan ruang atau tempat berhujah
Bagi membiasakan diri, datang awal ke tempat tersebut dan berlegar-legar di tempat sepatutnya anda akan berdiri dan memberi ucapan. Sekiranya kemudahan tersedia seperti pembesar suara, tiada salahnya anda mencuba kelantangan suara anda.

2. Kenal pasti penonton
Ucapkan salam kepada tetamu yang tiba. Berbual mesra dengan mereka sebelum anda diminta berucap bagi membiasakan diri. Apabila anda sudah kenal mesra, perasaan gementar akan beransur berkurangan apabila anda berdiri di hadapan mereka nanti.

3. Fahami isu yang akan diucap atau dibentangkan
Sekiranya anda tidak biasa atau kurang selesa dengan isu anda, perasaan gementar akan bertambah. Oleh yang demikian, buat latihan berucap sebelum tiba waktunya.

4. Bersantai
Jangan terlalu memikirkan bagaimana persembahan anda nanti. Jika tidak, anda hanya akan memberi tekanan pada diri sendiri. Apabila ini berlaku badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya.

5. Bayangkan diri anda sedang berucap
Bayangkan anda sedang memberi ucapan dengan nada suara yang jelas, kuat dan meyakinkan. Apabila anda membayangkan kejayaan anda berucap, anda akan lebih bersemangat dan pastinya akan berjaya. Insya Allah.

6. Yakini diri bahawa orang lain mahu anda berjaya menyampaikan ucapan
Penonton biasanya mahukan sesuatu yang baru, bermaklumat, menarik dan menghiburkan ketika mendengar ucapan. Sekiranya ucapan anda mempunyai kriteria ini, pastinya anda akan berjaya.

7. Jangan memohon maaf
Sekiranya anda menyatakan kegementaran atau memohon maaf kepada apa sahaja kesilapan yang anda lakukan sepanjang berucap, anda hanya akan membuatkan penonton mengimbas kembali dan cuba mengenal pasti di manakah kesilapan tersebut. Jangan sekali-kali melakukan perkara ini.

8. Tumpukan perhatian kepada isu utama
Fokuskan perhatian anda kepada isu utama bukan perkara-perkara yang remeh. Pastikan anda memberi penekanan yang jelas terhadap perkara tersebut.

9. Tukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh melakukannya.

10. Kutip pengalaman
Pengalaman lama membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan anda semasa memberi ucapan. Apa yang paling utama anda digalakkan membaca doa bagi menghilangkan perasaan gementar.
Back to top Go down
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 33
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap Empty
PostSubject: Re: 10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap   10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 5:20 pm

aRe=fiza wrote:

7. Jangan memohon maaf
** aku rasa kene mintak maap la...
bkn ape, takut masa kita berucap tu ada org terasa ati...so baik mntk maap...

10. Kutip pengalaman
**yg ni aku sokong 100%...
aku kureng berminat klu dgr org berucap juz brdasarkn facts / isu semasa / dengar dr mulut org lain...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
annemishi
Addicted
Addicted
annemishi


Number of posts : 224
Age : 33
Location : kedah dowh~~~
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap Empty
PostSubject: Re: 10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap   10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 6:19 pm

tips ak senang jaa...
ecee...klo ketaq takat mna pon..
muka maintain jaa cool...
wat cm tadak pa2..
seyes ak ckap..

dh trbukti..
ak dpat gelaran plg cool kt skolah..
eceee...btol nih..x tipu... Cool
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/altoniso
munirah90
Addicted
Addicted
munirah90


Number of posts : 209
Age : 33
Location : cheras
Age : 18
Registration date : 2008-04-18

10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap Empty
PostSubject: Re: 10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap   10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap Icon_minitimeSat May 03, 2008 3:35 pm

aku xleh woo..
smpai dpn org..muke aku jd putih, cm xde drah..
pstu satu bdn sejuk
=.=
Back to top Go down
http://www.myspace.com/bongek90
Sponsored content





10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap Empty
PostSubject: Re: 10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap   10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap Icon_minitime

Back to top Go down
 
10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Cara elak iklan ketika layari internet
» Ketika Cinta Bertasbih
» Gangguan Syaitan Ketika Menghadapi Sakaratul Maut
» CARA MENANGANI STRESS
» DIET CARA RASULULLAH

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Tipz Corner-
Jump to: