~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan

Go down 
3 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan Empty
PostSubject: MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan   MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 5:15 pm

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa
menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan
kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah
program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada
ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa
hormat kepada yang lebihtua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita
di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca bismilah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau memegang sesuatu
yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah
dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat
Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang
paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang
jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.
Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah
atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak.
Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang
mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang
di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan
diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan.
Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk
apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada.

Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan
menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara
yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."
Back to top Go down
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 33
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan Empty
PostSubject: Re: MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan   MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 6:07 pm

ada lg 2 yg ko trtinggal kot......
klu bley pakai pakaian yg seswai...
ni ada ke pakai bju yg xde lengan tu...(yg nampak ketiak)
adoi...pastu mngeluarkan bau perfume yg mmg "harum"....
adoi, patah selera nk mkn...

tidak bercakap ketika mknn ada dlm mulut..
ni lg 1...
klu ckp tu...menyembur2...
adoi...
pastu klu xde mknn dlm mulut...
bley plak ckp bnde2 yg mnjijikan....
adoi...loya tekak...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 33
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan Empty
PostSubject: Re: MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan   MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 7:37 pm

emm.. btol tu.. bnde2 mcm ni x msuk dlm silibus kmneterian pelajaran, so, mak bapak kne main peranan nk ajar anak beradab smsa mkn..
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
annemishi
Addicted
Addicted
annemishi


Number of posts : 224
Age : 33
Location : kedah dowh~~~
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan Empty
PostSubject: Re: MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan   MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 8:21 pm

kunyah 44 kali 1 suap...
haha..kira laaa smpi ckop 44..
sunnah nih
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/altoniso
Sponsored content





MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan Empty
PostSubject: Re: MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan   MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan Icon_minitime

Back to top Go down
 
MOTIVASI: Bina Peribadi Waktu Makan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sejarah Solat 5 Waktu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Tipz Corner-
Jump to: