~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Larangan Merendahkan Orang Lain

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Larangan Merendahkan Orang Lain   Mon Apr 28, 2008 5:19 pm

WAHAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain; dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah ia beriman.

Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiqnya), maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat : 11)

Masyarakat gemilang adalah masyarakat yang dibimbing di bawah naungan al-Quran kerana agama Islam adalah agama yang inginkan umatnya hidup selamat, bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Dengan itu, Islam menganjurkan umatnya supaya mempunyai adab sopan yang tinggi dan saling menasihati antara sesama mereka, beramah mesra dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu ketenteraman awam sama ada dengan menabur fitnah, mengumpat, buruk sangka, menghina dan sebagainya.

Ini kerana setiap individu itu mempunyai kehormatan yang tidak boleh disentuh kerana kehormatannya itu merupakan sebahagian daripada kehormatan masyarakat.

Di antara perbuatan menghina dan mengaibkan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah seperti memanggil dengan gelaran yang buruk yang tidak disukai oleh seseorang, iaitu gelaran yang dirasakan menghina dan mengaibkan.

Sesungguhnya perbuatan menghina itu adalah menyeleweng daripada iman hingga menyebabkan seseorang itu jatuh kepada perbuatan fasiq, sedangkan fasiq adalah suatu bentuk kezaliman.

Perbuatan mengaibkan mana-mana warga masyarakat bererti mengaibkan diri sendiri, bahkan meruntuhkan keharmonian masyarakat dan menjadikan masyarakat hidup berpecah-belah dan berpuak-puak disebabkan masing-masing menanam prasangka buruk antara satu sama lain.

Sepatutnya dalam kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai atau kekurangan seseorang itu tidak boleh dijadikan ukuran, kerana neraca Allah s.w.t. sahaja yang layak mengangkat dan menjatuhkan seseorang itu.

Oleh itu kita dilarang memburuk-burukkan serta menanam prasangka buruk terhadap orang lain.

Sebaiknya hendaklah sentiasa mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama Islam serta mengukuhkan kesatuan umat Islam seluruhnya.

Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, ia tentu akan menimbulkan kemesraan dan mengelak daripada berlakunya permusuhan dan perpecahan yang seterusnya akan menjadikan umat Islam sebagai umat yang berjaya.

Ketakwaan seorang hamba akan menjadikan seseorang m2anusia itu menginsafi akan kewujudannya di bumi ini, iaitu sebagai seorang khalifah yang diperintahkan untuk memakmurkan muka bumi, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat kebaikan dan meninggalkan segala keburukan dan kejahatan.

Dia akan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya semata-mata mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Dia meyakini bahawa sebaik-baik umat manusia adalah yang paling bertakwa kepada Allah s.w.t. Justeru, selaku seorang Muslim janganlah kita bersikap mementingkan diri sendiri, mahupun suka mencari kesalahan, kecacatan dan keaiban orang lain.

Sebaliknya jadilah orang yang sentiasa disenangi walau di manapun kita berada.
Back to top Go down
 
Larangan Merendahkan Orang Lain
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» adab menyambut kelahiran bayi
» Diskusi 4 orang saksi Zina
» orang yang merugi di akhirat
» Hantu dan Roh/Arwah orang yang sudah meninggal
» 5 orang yang pertama masuk islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: