~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 AWAS tarikh lahir anda

Go down 
+4
munirah90
azyana
annemishi
ameeroz
8 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 5:44 pm

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
13 Mei 1986
13 + 5 + 1986 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6 (Jadi nombor lahirnya ialah 6)


Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
-Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona, Judd, Nancy, Reagan, Requel Welach


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jodie Foster


4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantikblushingblushing maz punye blushing
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Back to top Go down
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 33
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 5:54 pm

aku nye no 3...
hurm...

3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
**erk!!
affraid

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.

**kreatif?? romantik?? adoii....
Razz

- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.

**yg ni mmg betol...tepat!!!

- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.

**erm...no komen....anyway, family first...

- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

**owh, yeke?? some one...pliz teach me...hik3...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
annemishi
Addicted
Addicted
annemishi


Number of posts : 224
Age : 33
Location : kedah dowh~~~
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 6:04 pm

dis is me???
hua3~~

4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.a'ah..mmg pon...klasik gi2..
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.btol2..x ska memerintah..(ceh..bhong tol)
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.ni pon btol....klo x pham..lntak aaa...
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.btol2..suka btol wat sumtg yg kna hard work..natural pon yaa..degil??slalu gk aa..
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
hurm~~fleksibel apa..wakaka..

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/altoniso
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 33
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 7:36 pm

cop2!! den konpius nih! aku nyer, 13+5+1991 = 2009
so, jmlahnyer 11. tp xdek pn 11.. cmno nih??
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
Guest
Guest




AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 7:39 pm

11...???
1+1=2
Back to top Go down
munirah90
Addicted
Addicted
munirah90


Number of posts : 209
Age : 33
Location : cheras
Age : 18
Registration date : 2008-04-18

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeFri May 02, 2008 4:18 pm

aku 7...tp..aku x mcm tu..
hik3..
=P
Back to top Go down
http://www.myspace.com/bongek90
aans_wer
Moderator
Moderator
aans_wer


Number of posts : 753
Age : 33
Location : terengganu
Age : 18
Registration date : 2008-03-08

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeFri May 02, 2008 6:01 pm

huhu...ak pown 7..


intelektual..

hahak...

bly cye kew...
Back to top Go down
munirah90
Addicted
Addicted
munirah90


Number of posts : 209
Age : 33
Location : cheras
Age : 18
Registration date : 2008-04-18

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeSat May 03, 2008 12:13 pm

tp bile aku teliti blk..
btl la jgk..
cume prasaan aku kdg2 ttp mempngaruhi ape yg aku buat..
kdg2 ah..
Back to top Go down
http://www.myspace.com/bongek90
panhouse90
Motivated
Motivated
panhouse90


Number of posts : 143
Age : 33
Location : tronoh
Age : 17
Registration date : 2008-05-10

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeSun May 11, 2008 3:33 am

aku 2
tapi x same pon except yg last
Back to top Go down
HarzalTheViolet
Super Active User
Super Active User
HarzalTheViolet


Number of posts : 498
Age : 34
Location : ~: The Land That Never Was :~
Age : 18
Registration date : 2008-04-01

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeSun May 11, 2008 4:53 pm

apsl la kalo mende2 nih bile aku cek byk yg btol...

masyaallah...
Back to top Go down
stereokumonomu
Super Stylo
Super Stylo
stereokumonomu


Number of posts : 807
Age : 33
Location : bangsar, KL
Age : 18
Registration date : 2008-02-29

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeWed May 14, 2008 3:18 pm

ala.die2 ulang2 jer sebenanyer....

aku no 2.......
AKU PEMALU LER>>>>>>DASAT GAK.................................. geek
Back to top Go down
panhouse90
Motivated
Motivated
panhouse90


Number of posts : 143
Age : 33
Location : tronoh
Age : 17
Registration date : 2008-05-10

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeWed May 14, 2008 10:12 pm

haha
stereo dam mule malu2 kucing
Back to top Go down
stereokumonomu
Super Stylo
Super Stylo
stereokumonomu


Number of posts : 807
Age : 33
Location : bangsar, KL
Age : 18
Registration date : 2008-02-29

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeWed May 14, 2008 11:04 pm

jgn r ckp camtu wei... aku malu nih........................... [-_-]
Back to top Go down
panhouse90
Motivated
Motivated
panhouse90


Number of posts : 143
Age : 33
Location : tronoh
Age : 17
Registration date : 2008-05-10

AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitimeFri May 16, 2008 5:12 am

malu tanda setuju

????????
Back to top Go down
Sponsored content





AWAS tarikh lahir anda Empty
PostSubject: Re: AWAS tarikh lahir anda   AWAS tarikh lahir anda Icon_minitime

Back to top Go down
 
AWAS tarikh lahir anda
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» anda perempuan atau lelaki
» budak 5 tahun lahir dari bukan islam tahu mengenai islam
» Ape pendapat anda?.....
» Bantal & Anda
» Game GAMEBOY di HP anda???

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Tipz Corner-
Jump to: