~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 SEDEKAH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: SEDEKAH   Mon Apr 28, 2008 11:09 pm

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri.
Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.
Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama,
tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah,
sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah
sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.
Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau,
dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga.
Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur
dan bermuhasabah diri-diri kita.
Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita
ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Back to top Go down
 
SEDEKAH
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» yang berhak menerimah infak dan sedekah
» Manfaat Sholat dan Wudhu secara ilmiah
» menzakati orang kristen

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: