~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 La Tahzan:Satu Renungan Bersama

Go down 
2 posters
AuthorMessage
one_ummah90
Moderator
Moderator
one_ummah90


Number of posts : 99
Location : mergong
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

La Tahzan:Satu Renungan Bersama Empty
PostSubject: La Tahzan:Satu Renungan Bersama   La Tahzan:Satu Renungan Bersama Icon_minitimeFri Apr 25, 2008 12:36 am

La Tahzan,satu ungkapan yang cukup popular terutama dalam kalangan pembaca serta penggiat dakwah Islam.Ungkapan ini menjadi lebih popular apabila seorang penulis, Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni,menerbitkan sebuah buku bertajuk La Tahzan.

Apa itu La Tahzan?La Tahzan merupakan ungkapan bahasa arab yang bermaksud jangan bersedih. Buku ini sememangnya cukup bermakna dan tidak rugi jika membacanya jika dibandingkan dengan majalah lain.Apa yang saya nak bicarakan bukanlah mempromosi buku ini tetapi lebih menjurus kepada tindakan kita apabila bersedih.

Sebagai hamba Allah yang hina,sememangnya ujian pasti akan menimpa diri seseorang termasuk saya.Ujian sememangnya pedih jika kita lihat dari luaran.Namun,manusia sememangnya memerlukan kesedihan untuk muhasabah diri kita.Apabila kita diuji,kita baru akan sedar dimana kelemahan kita.

Mungkin adakala kita terpaksa menangis untuk hadapi setiap ujian.Namun dari segi pandangan saya,menangis apabila diuji sememangnya bagus kerana waktu itulah kita merasakan diri kita ini adalah hamba yang lemah lantas memohon kekuatan kepadaNya. Hubungan dengan Allah (Hablu Minallah) juga akan kembali erat.

Setiap perkara dan ujian yang diturunkan sebenarnya adalah ketentuan Allah.Allah sentiasa akan menguji iman seseorang itu bagi menilai tahap keimanan.Dan sebagai hamba,kita sememangnya perlu menyedari hakikat kehambaan kita.Berfikiran positiflah apabila kita terpaksa menghadapi sesuatu ujian.Mungkin kita tidak tahu apa hikmah disebalik ujian. Allah berfirman:

..boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu (Surah al-Baqarah ayat 216)

Setiap ujian sebenarnya berpunca dari kita sendiri.Mungkin kita tidak sedar akan dosa yang kita lakukan.Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum: Ayat 41 yang bermaksud:

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, sehingga Allah merasakan kepada sebahagian dari perbuatan mereka agar mereka kembali.

Dengan adanya ujian,Allah secara jelas mahu kita kembali insaf dan mengenal siapa kita.Marilah kita sama-sama fikirkan mengapa Allah menguji kita.Allah menguji kita kerana dua sebab:

Sama ada mahu kita insaf dan kembali padaNya
Ataupun mahu melihat kekuatan iman dan ketaqwaan hambaNya


Cara Mengatasi Kesedihan


Hakikatnya kesedihan sememangnya membawa kebaikan kepada kita.Namun jika kesedihan tidak dikawal,ia boleh bertukar menjadi ancaman kepada kita. Justeru dalam menghadapi kesedihan,kita seharusnya merenung balik apakah kita benar-benar taat pada Allah. Kita analisa kembali setiap amalan kita sama ada ia ikhlas ataupun hanya sekadar cukup-cukup makan.

Selain itu,jangan biarkah kesedihan mengawal jiwa anda.Apabila anda sedih,akan ada pihak ketiga yang akan mengambil kesempatan terhadap anda yakni syaitan. Syaitan akan sentiasa mengajak kita untuk bersedih sehingga kita putus asa dan kembali melakukan perkara mungkar atas alasan seperti Allah sengaja menghukum aku walhal kita telah tersalah faham.Maka apabila jadi perkara sebegini yakni menyalahkan Allah,maka benarlah firmanNya:

Jika mereka berangkat bersama-sama kamu,nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka (Surah At-Taubah ayat 47).

Mohonlah doa kepada Allah apabila kita menghadapi musibah dan ujian. Bukankah Allah amat menggalakkan kita berdoa seperti yang terkandung dalam surah al-Mukminun ayat 60:

"berdoalah kamu kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu".

Disini saya kemukakan satu doa yang diamalkan ketika menghadapi ujian serta kekusutan.Hayati dan amalkan doa ini:

La Tahzan:Satu Renungan Bersama Doa3111

Oleh itu marilah kita bersangka baik terhadap setiap perkara yang terjadi.Jika kita perlu ber'uzlah yakni menyendiri untuk mencari ketenangan,silalah tetapi jika kita merasakan dengan cara menyendiri tidak mampu memunasabah diri kita,carilah teman-teman atau alim ulama yang mempunyai ilmu.Sama-sama kita kembali dengan cara hidup Islam.Akhir kalam,renungkan ayat ini:

Katakanlah:"Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

(Surah Az-Zumar ayat 53)

(skadar rnungan dgn geng2 aku)
Back to top Go down
http://suara-ummah.blogspot.com
yuu_chan
New User
New User
yuu_chan


Number of posts : 59
Age : 33
Location : LaBuaN, KL
Age : 17
Registration date : 2008-04-15

La Tahzan:Satu Renungan Bersama Empty
PostSubject: Re: La Tahzan:Satu Renungan Bersama   La Tahzan:Satu Renungan Bersama Icon_minitimeMon Apr 28, 2008 11:47 pm

english version pn ada... 'Don't Be Sad"... aku pnh baca... tp gila2 la sket BI dia tuh... all in all, buku ni bgs...
Back to top Go down
 
La Tahzan:Satu Renungan Bersama
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: