Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala
itu orang sangat memerlukannya. "
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "
Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan
menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang
kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan
kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah
kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan
dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas
kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi
perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda,
sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini
semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu
diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
P/s: sape xpndai ngaji... blajarlah dri skrg...
xda ruginya...