~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Jerman Perkenalkan Mata Pelajaran Islam

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Jerman Perkenalkan Mata Pelajaran Islam Empty
PostSubject: Jerman Perkenalkan Mata Pelajaran Islam   Jerman Perkenalkan Mata Pelajaran Islam Icon_minitimeTue Apr 29, 2008 9:18 pm

BERLIN: Pihak berkuasa tempatan di sebuah negeri di selatan Jerman akan memulakan pengajaran mata pelajaran Islam di semua sekolah awamnya yang menjadi sebahagian usaha memudahkan integrasi penduduk Muslim.

Setakat ini seramai 235 pelajar sudah memberi persetujuan menyertai kelas itu yang diajar dalam bahasa Jerman dan dirangka Kementerian Pendidikan dan anggota masyarakat Muslim.

Kelas agama Islam itu turut ditawarkan di beberapa negeri lain termasuk Hamburg, Lower Saxony dan Rhine-Westphalia Utara.

Kelas pengajian Islam itu dilihat sebahagian usaha bagi memudahkan proses integrasi kira-kira 3.5 juta penduduk Muslim Jerman yang kebanyakannya tinggal dalam penempatan imigran atau pendatang asing yang agak tersisih daripada masyarakat lain.

“Pelajar lelaki dan perempuan Muslim perlu mempelajari agama mereka untuk merapatkan dan bukannya menyisihkan mereka daripada masyarakat,” kata Helmut Rau, Menteri Pendidikan di negeri Baden-Wuerttemberg. – AP
Back to top Go down
 
Jerman Perkenalkan Mata Pelajaran Islam
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» budak 5 tahun lahir dari bukan islam tahu mengenai islam
» Kerana Sehelai Bulu Mata
» Horoskop Islam...
» Menguap Menurut Islam
» Mazhab Kristian yg "mirip" Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: News Update-
Jump to: