~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008

Go down 
4 posters
AuthorMessage
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 33
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Empty
PostSubject: Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008   Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Icon_minitimeSat Apr 26, 2008 9:48 pm

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2008
DI SEKOLAH MENENGAH BANTUAN PENUH KERAJAAN

Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2008 hendaklah memenuhi keempat-empat syarat berikut:

1. Lulus peperiksaan SPM 2007 dengan memperolehi sekurang-kurangnya TIGA kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi jumlah agregat tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik di mana tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris

II Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris

III Sejarah

IV Geografi / Pendidikan Seni

V Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

VI Matematik / Matematik Tambahan / Sains /
Sains Tambahan

VII Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

VIII Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al
Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

IX Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /
Bahasa Cina / Bahasa Tamil

X Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah agregat 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

ATAU


(B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperolehi sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah agregat yang tidak melebihi 18 unit bagi mata pelajaran SAINS terbaik di mana tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:


KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Matematik / Matematik Tambahan

II Fizik

III Kimia

IV Biologi

V Lukisan Kejuruteraan/
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal /
Pengajian Kejuruteraan Awam /
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik /
Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan /
Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.


3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2008.

4. Bagi murid yang pernah melangkau kelas umur calon adalah tidak kurang daripada 16 tahun pada 1 Januari 2008.


RAYUAN CALON SEKOLAH UNTUK MEMASUKI TINGKATAN ENAM BAWAH 2008 BERDASARKAN KELONGGARAN ATAS PENGLIBATAN KOKURIKULUM

KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI

1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah 2008 boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK.

2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2008.

3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.

4. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.

5. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 3 Jun 2008 tidak akan dipertimbangkan .


*Nota:
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM pada tahun 2008 ini.

KRITERIA PENGAMBILAN CALON PERSENDIRIAN
KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2008 SEKOLAH KERAJAAN


KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI


1. Calon persendirian/swasta SPM 2007 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2008 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di Lampiran A.

3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.

4. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen yang telah disahkan ;

a. Keputusan peperiksaan SPM 2007;

b. Sijil kelahiran;

c. Kad pengenalan;

d. Rekod persekolahan yang terperinci dari persekolahan rendah hingga persekolahan menengah; dan

e. Perakuan dan sokongan pengetua sekolah/pegawai kerajaan, perakuan rekod disiplin yang baik dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum.

f. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal

PENGAMBILAN CALON SPM ULANGAN 2008
KE TINGKATAN ENAM ATAS 2009


KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI


1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM Ulangan 2008 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2009 dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :

2.1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2009.

2.2. a. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di Lampiran A :

ATAU

b. Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.

2.3 Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.


2.4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2008 di sekolah persendirian / swasta.

3. Tarikh tutup permohonan adalah dua (2) minggu selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2008.
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 33
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Empty
PostSubject: Re: Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008   Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Icon_minitimeSat Apr 26, 2008 9:49 pm

Tarikh pendaftaran tingkatan enam bawah bagi tahun 2008 ialah pada 12 Mei 2008.

Semakan keputusan kemasukan ke tingkatan enam bermula pada 6 Mei 2008 di laman web http://www.moe.gov.my
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
Emora
Active User
Active User
Emora


Number of posts : 309
Age : 33
Location : lumut
Age : 18
Registration date : 2008-03-21

Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Empty
PostSubject: Re: Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008   Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Icon_minitimeWed May 07, 2008 12:51 pm

aq dpt form 6 sains.acs ma..huhu..transport a yg pyh.kui3!
<<syukur o dpt guk tmpt nk stdy! XD
Back to top Go down
http://www.myspace.com/eeraz
Guest
Guest




Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Empty
PostSubject: Re: Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008   Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Icon_minitimeWed May 07, 2008 3:42 pm

woooaaaahhh...
aku dpt kat skul aku sdri gak...
ayoyoyo....
aku da xrela nk pca kpla blajar arab...
wei2... skul 2 ble 2kar kan?? kan??
Back to top Go down
yukie7
Uploader
Uploader
yukie7


Number of posts : 334
Age : 33
Location : puncak alam
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Empty
PostSubject: Re: Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008   Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Icon_minitimeWed May 07, 2008 8:11 pm

ho3...aku dpt skolah jengke pusat da...
jurusan sains lew...
skang ni aku dok slango da...
huk3...jauh toll...
Sad
Back to top Go down
http://blueoasisworld.blogspot.com/
enginerd_182
Moderator
Moderator



Number of posts : 439
Age : 33
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Empty
PostSubject: Re: Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008   Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Icon_minitimeThu May 08, 2008 12:59 am

abis tuh cane?ko kne dok hostel la kn?
Back to top Go down
yukie7
Uploader
Uploader
yukie7


Number of posts : 334
Age : 33
Location : puncak alam
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Empty
PostSubject: Re: Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008   Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Icon_minitimeThu May 08, 2008 1:58 am

ho3...ntah le....
tarikh daftar tu mase tarikh smkkn poli...
tatau nak wat camne...
pening2... Rolling Eyes
Back to top Go down
http://blueoasisworld.blogspot.com/
Sponsored content





Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Empty
PostSubject: Re: Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008   Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008 Icon_minitime

Back to top Go down
 
Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» SEMAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI SESI 2008/2009
» CJ7 (2008)
» The Cottage (2008)
» In With Thieves (2008)
» Hancock 2008

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: News Update-
Jump to: