~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 fakta-fakta menarik

Go down 
+7
ameeroz
aslam14
stereokumonomu
imanne
eD
azyana
enginerd_182
11 posters
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
enginerd_182
Moderator
Moderator



Number of posts : 439
Age : 33
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeFri May 09, 2008 5:05 pm

1.Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.


2.Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.


3.Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.


4.Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.


5.Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang.


6.Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.


7.Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.


8.Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya


9.Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang. Tetapi yang ini tidak akan ke mana hari ini - terlalu malas !


fakta-fakta menarik Anicat49


10.Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.


11.Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam).


12.Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.


13.Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.


14.Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendik kerana penggunaan yang kerap.


15.Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.



16.Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama.


17.Labah-labah mempunyai hidung dikaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya.


18.Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m(8 kaki).


19.Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu


20.Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.



21.Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.


22.Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.


23.Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala.


24.Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan "tangan" yang baru akan tumbuh.


25.Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya.


26.Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari.


27.Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan.
Back to top Go down
Guest
Guest




fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeFri May 09, 2008 5:39 pm

uish!!... best fakta ni..
hik3....
aku t'kezut ngan no 26...

woooaaahhhh.... kuat 2!!! Twisted Evil
Back to top Go down
enginerd_182
Moderator
Moderator



Number of posts : 439
Age : 33
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeFri May 09, 2008 5:50 pm

heee...aku pon x bace abis lg.
Back to top Go down
Guest
Guest




fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeFri May 09, 2008 6:13 pm

loorrrrr... hehehe... xpa2...
bca2... syok!... lawak... serius

pa aku mrepek ni
Back to top Go down
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 33
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 1:39 am

enginerd_182 wrote:


26.Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari.

wah! hebat!! affraid
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
enginerd_182
Moderator
Moderator



Number of posts : 439
Age : 33
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 1:40 am

hahaa.agak a...ALLAH maha kuasa
Back to top Go down
eD
New User
New User
eD


Number of posts : 37
Age : 33
Location : johor bahru
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 10:14 am

cipanzi, monyet, beruk 2 bkn sme ke..
kire sme cerdik r dorg 2 an...
Back to top Go down
http://www.myspace.com/blizzard
imanne
Admin
Admin
imanne


Number of posts : 101
Age : 33
Location : Kepong Sentral
Age : 19
Registration date : 2008-04-08

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 10:21 am

27.Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan.

Spoiler:
Back to top Go down
http://mizukiralab.blogspot.com, http://mizukiralabmalayversion.
stereokumonomu
Super Stylo
Super Stylo
stereokumonomu


Number of posts : 807
Age : 33
Location : bangsar, KL
Age : 18
Registration date : 2008-02-29

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 11:42 am

huhu kene + lg tuh....

28. laman forum 90born.forumotion.com adlh forum yg pling sket org msuk dlm shari.......................................................................................


((ini fakta....))
Back to top Go down
enginerd_182
Moderator
Moderator



Number of posts : 439
Age : 33
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 1:08 pm

wahahha..ko ni stereo..jap g ramai la kot ..kate nak bkk kat all level..hik3..kan?
Back to top Go down
enginerd_182
Moderator
Moderator



Number of posts : 439
Age : 33
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 3:20 pm

29.Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

30.Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.


31.Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia


32.Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.


33.Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.
Back to top Go down
stereokumonomu
Super Stylo
Super Stylo
stereokumonomu


Number of posts : 807
Age : 33
Location : bangsar, KL
Age : 18
Registration date : 2008-02-29

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 3:55 pm

34. stakat ni sume ahli forum mrupakan bekas calon spm 2007...

35. x sume ahli 90born forum lahir thun 1990...

(ni pon fakta, x cayer tnye mod, name die azyana)
Back to top Go down
aslam14
Motivated
Motivated
aslam14


Number of posts : 110
Age : 33
Location : selayang,selangor
Age : 17
Registration date : 2008-05-06

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 4:14 pm

ahahahagelak best..
(fakta jgak ape..)
Back to top Go down
http://www.myspace.com/aslam_mostwanted
enginerd_182
Moderator
Moderator



Number of posts : 439
Age : 33
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 6:34 pm

aku wat sket2..takot korang malas bace..aku pon yg ats2 tu x abis bace lg..hee.bace jgn x bace yek..



36.Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!


37.Penyu dan kura-kura mempunyai kulit pelindung keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka .


38.Sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiat nya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah.


39.Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.


40.Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan/atau kisar makanan semasa penghadaman


41.Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat..


42.Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.

43.Harimau bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulit nya juga berbelang


44.Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya


45.Kumpulan angsa akan berjalan dalam garisan panjang, terbang dalam bentuk V. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang mengikut, malah lebih 70% daya penerbangan jika dibandingkan terbang bersendirian.


46.Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak?


47.Ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah "menyelesaikan" masalah ini dengan hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.


48.Landak dilahirkan bogel dan "duri" di badannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.


49.Ekor monyet membantunya untuk imbangan.


50."Skunk" boleh mengeluarkan bau yang busuknya itu sejauh
10 kaki.


51.Ikan emas akan akhirnya bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap.


52.Kuda laut betina mengeluarkan telur ke dalam kantung di perut kuda laut jantan. Jantan akan mengeluarkan sperma ke dalam kantung dan mensenyawakan telur. Selepas terbentuknya embrio, jantan akan melahirkan kuda laut yang kecil.


53.Sotong mempunyai tiga jantung.



54.Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang.Bila tidur tiada bau yang keluar.


55.Burung bangau bukan dilahirkan warna merah muda. Warna diperolehi dari makanan yang mengandungi pewarna "carotenoids". Boleh mengambil masa sehingga 3 tahun untuk anak bangau bertukar dari kelabu ke warna merah muda.


56.Ketam terkenal berjalan dari sisi!


57.Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka.


58.Hanya unta simpan kebanyakan lemaknya di dalam bonggol. Jika makanan , sukar dicari lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan mengecut, kadang-kadang jatuh dan mengendur ke tepi. Selepas beberapa minggu rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat menyimpan air seperti anggapan orangramai


59.Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan.


60.Penglihatan "moose" (rusa besar) tidak baik dan mereka bergantung kepada deria bau yang tajam


61.Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak mengeluarkan haba . Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan 10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba


62.Kebanyakan hamster kerdip hanya satu mata pada satu masa.


63.Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam. Semasa menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan seminit.Dengan cara ini oksigen digunakan lebih perlahan oleh itu ia boleh berada di dalam air lebih dari 30 minit


64.Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka mengajuk/meniru bunyi siulan dan kata-kata .


65.Beruang kutub tidak boleh di kesan oleh camera inframerah kerana bulunya lut sinar.
Back to top Go down
Guest
Guest




fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 6:56 pm

waaaa.... sume best2....
hehehe.....

yg psal arnab 2.. ada gak lam bio f4..

yg landak 2... xkan ar dia nk kuarkan anak dia ngan jarum yg t'pcak 2...
so ada sbb ar jarum 2 kuar hnya pas anak landak 2 d'branakkan...
hehehehe....

aku suka gila yg bruang kutub!!....
wheeee.....
Back to top Go down
enginerd_182
Moderator
Moderator



Number of posts : 439
Age : 33
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 7:05 pm

ade lagi arr..aku jd malas nak bace..heeee =)

66.Sumpah-sumpah terkenal kerana berkebolehan menukar warna kulit mengikut tempat ia berada. Warnanya dikawal oleh hormon yang akan mempengaruhi pigmen kulit.





67.Kala jengking pendarfluor di bawah cahaya ultraungu dan ini memudahkan para saintis mencari nya di lapangan. Pendarfluor ini dianggap menjadi sebagai mekanisma yang sensitif ultraungu dan ini menghindarkan kalajengking dari merosakkan paras cahaya.




68.Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi berkaitan dengan kanggaru dan wombat. Alasan mereka dipanggil beruang kaola kerana rupanya seperti beruang teddy.





69.Jika anda memberi gula kiub kepada rakun , ia akan cuba membersihnya (kerana rakun membersih semua makanannya sebelum makan). Ia akan membersihnya berkali-kali sehingga akhirnya gula kiub tersebut larut.





70.Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah. Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)





71.Ayam Belanda menghidap penyakit jantung. Tentera Udara Amerika sedang menjalankan ujian batasan bunyi dan ayam belanda yang berdekatan mati disebabkan serangan penyakit ini.





72.Kumbang kura-kura "mengeluarkan darah" kerana melindungi diri dari pemangsa. "Darah" mereka mengandungi bahan kimia yang dibenci atau membawa maut kepada pemangsa.




73.Feret betina akan mati jika ia tidak jumpa pasangannya apabila ia datang berahi.





74.Tikus mondok ialah binatang kecil yang suka mengorek lubang terowong dalam tanah dan meninggalkan longgokan tanah di jejak mereka. Mereka boleh mengorek terowong tanah sedalam 300 kaki sehari.



75.Gigi beaver terlalu tajam dan puak orang asli Amerika pernah menggunakannya sebagai mata pisau .





76.Salah satu sifat walrus ialah mempunyai sepasang gading panjang, (40cm) yang sebenarnya gigi taring yang akan tumbuh berterusan. Ianya bukan sahaja sebagai daya penarik tetapi untuk menunjukkan sifat agresif/dominans dan sebagai lubang penafasan di dalam ais. Berbeza dari kepercayaan biasa yang mengatakan ianya digunakan untuk menggorek makanan .



77.Kedudukan mata keldai di kepalanya membolehkan ia melihat kesemua empat kakinya setiap masa.



78.Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya.




79.Burung gagak berkebolehan untuk mengesan masalah. Ia cepat mengetahui bahawa kereta yang bergerak tidak merbahaya kecuali apabila pemandunya keluar dan ia akan terbang pantas. Di kawasan ia selalu diburu , ia tahu membezakan diantara pemburu yang bersenjata dan peladang dengan peralatannya.




80.Secara harfiah kita boleh menghipnosis seekor ayam dengan memegangnya dan kemudian melukis satu garisan di atas tanah berkali-kali. Ayam tersebut akan berada di tempat tersebut selama mana yang kita kehendaki.


81.Bebiri akan berbunyi baa kambing berbunyi maa. Sesungguhnya , suara mereka berbeza.


82.Seekor siput mempunyai 25000 gigi, betul bacaan anda tadi dua puluh lima ribu.



83.Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera. Tikus boleh melompat sehingga 12 inci.



84.Ada cacing pita akan makan diri sendiri jika tidak dapat mencari bekalan makanan.
Back to top Go down
Guest
Guest




fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 7:27 pm

jap2... feret 2 apa??
Back to top Go down
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 33
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 9:31 pm

ni hah feret...in english they are call FERRET
fakta-fakta menarik Black-footed-ferret
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
enginerd_182
Moderator
Moderator



Number of posts : 439
Age : 33
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 11:03 pm

comell nyeee...yellowish white..
Back to top Go down
yukie7
Uploader
Uploader
yukie7


Number of posts : 334
Age : 33
Location : puncak alam
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSat May 10, 2008 11:10 pm

cumey!!!!!!!
tongue
Back to top Go down
http://blueoasisworld.blogspot.com/
eD
New User
New User
eD


Number of posts : 37
Age : 33
Location : johor bahru
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSun May 11, 2008 12:26 am

no 39 2 tol ke...
x penah nmpk pon mickey mouse kunyah2 besi @ konkrit...
huu~~
Back to top Go down
http://www.myspace.com/blizzard
enginerd_182
Moderator
Moderator



Number of posts : 439
Age : 33
Location : selangor
Age : 18
Registration date : 2008-04-15

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSun May 11, 2008 12:28 am

huhuuu..nme pon miki mouse tu katun..
Back to top Go down
eD
New User
New User
eD


Number of posts : 37
Age : 33
Location : johor bahru
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSun May 11, 2008 12:29 am

wah~~
cumel feret 2!!!
Back to top Go down
http://www.myspace.com/blizzard
captain
New User
New User



Number of posts : 28
Age : 33
Location : shah alam
Age : 18
Registration date : 2008-05-10

fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSun May 11, 2008 12:39 am

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang
dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang
bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris
dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi.
Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh
Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu
pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark
telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera
paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis
logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana
namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-
butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang
diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan
ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang
dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan
ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas
alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori
lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia
normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri
menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke
sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu
kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana
setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang
tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan
lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza
dari
segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh
memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang
berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk
meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak
membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak
pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat,
kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh
dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,
perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh
digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita
bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan
kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir
kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga
menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe
eh....... ....Sentuh la telinga kurang
ngan siku
sampai ia kena.......Tak normla la
korang maknanya
Back to top Go down
Guest
Guest




fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitimeSun May 11, 2008 12:44 am

waaaaa..... perla...
siot jew...
Back to top Go down
Sponsored content





fakta-fakta menarik Empty
PostSubject: Re: fakta-fakta menarik   fakta-fakta menarik Icon_minitime

Back to top Go down
 
fakta-fakta menarik
Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next
 Similar topics
-
» Fakta yang perlu anda tahu

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Sembang-Sembang-
Jump to: