sambung lg sket....
yg ni WAJIB BACA....
CERMIN
: APAKAH PANDANGAN ISLAM MENGENAI PENGAMAL-PENGAMAL RIBA? BOLEH USTAZ
JELASKAN DALIL-DALIL QAT'IE YANG MENGHARAMKAN AMALAN RIBA?
UZAR :
Terlalu amat buruk, malah jauh lebih buruk dari dosa memakan seekor babi. Cuba lihat dalil-dalil ini :
•a) Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT :
Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada
Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar
beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang
dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)
•b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Allah SWT berfirman :
Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan
keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )
•c) Dibangkitkan seperti orang gila
Allah SWT berfirman
ertinya : "orang-orang yang memakan riba tidak akan dibangkitkan (di
hari kiamat) kecuali seperti orang gila yang disampuk oleh Syaitan" (
Al-Baqarah : 277)
•d) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi SAW bersabda
: Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan
(dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
•e) Allah melaknat pemberi dan penerima Riba
Nabi SAW bersabda : "Allah SWT melaknat sesiapa yang memberi dan menerima wang Riba" ( Muslim)
•f) Lebih Berat dari 36 Kali Zina.
Nabi SAW bersabda
: Ertinya : "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam
keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (Musnad
Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam
Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm
103 )
•g) Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith
nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir,
membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari
dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci
dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)