~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI

Go down 
+3
azyana
HyperPlasma
Lah
7 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Mar 22, 2008 7:03 am

korang bca la artikel ni smpai abes...
n bg komen korang....


Quote :
Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD
HADINATA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli
perniagaan berusia 43 tahun.


KUALA LUMPUR: Kes 'haruan makan anak' bukan lagi sesuatu yang
mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta
dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang
berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak
empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.


"SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun
dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu.


Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya
diserahkan kepada ayah.


Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.
Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk
dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah
tinggal di Kuala Lumpur.


Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak
pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak
lama, antara dua hingga tiga bulan saja.


Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan
kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini
kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana 'auntie' (kekasih),
ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.


Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin
ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu
jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya
tiada jodoh.


Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan
saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana
menurut nenek, rupa saya 'sebiji' (sama) dengan ibu.


Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan
lima.


Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika
di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.


Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50
kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan
saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji
bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya
kerana ada saja yang tidak kena baginya.


Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang 'pakar psikologi'. Dia
pandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga
ada ramai kekasih.


Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin
bercinta kepada pelajar yang tekun.


Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik
untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa
hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan
cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.


Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,
sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai
pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.


Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia
menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.


Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya
saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman
saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.


Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk
saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan
hadiah.


Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas
dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan
kepada saya dalam bahasa puitis.


Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat
ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan
ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.


Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah
melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan
kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.


Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap
berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam di
rumah ayah di Kuala Lumpur.


Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal
bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal
menyebabkan saya hamil empat kali.


Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika
itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating
dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.


Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah
memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya
anak tunggal.


Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan
perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,
kandungan berusia enam bulan.


Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki
hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,
tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman
lelaki.


Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini
disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak
mahu dia tahu di mana saya sekarang.


Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu
agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal
dengan perbuatan saya.


Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak
sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan
cinta terhadapnya masih kuat.


Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya
bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan
terkutuk dengan ayah.


Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin
menjadi anak, bukan kekasih ayah.

P/S: ..... Shocked .. aku da xtaw nk ckp pew....
Back to top Go down
Lah
Admin
Admin
Lah


Number of posts : 430
Age : 34
Location : Rawang City~Bangi
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Mar 22, 2008 11:18 am

SATU JER....

APE2 PUN DIRI SENDIRI.....

KALO BAEK YG KITE NAK BAEK LA JADI KALO BURUK....BURUK LA JADINYER....

DAN PEGANGAN AGAMA TUH MESTI ADER....

MEMANG SEMUA ORG ADE BUAT DOSA...

P BUKAN LA DOSA YG DLAKNAT CAM NIH....

P BDAK PEMPUAN NIH DAH INSAF.....ALHAMDULILLAH....

MOGA BAPAK DIA PUN INSAF LA....

AMIN...
Back to top Go down
http://www.myspace.com/brotherlah
HyperPlasma
Admin
Admin
HyperPlasma


Number of posts : 938
Age : 34
Location : Alor Star
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Mar 22, 2008 11:44 am

btul tu..dunia akhir zaman..huhu..knpela aku dihidupkan time dunia cmnie..huhu
Back to top Go down
https://90born.forumotion.com
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 34
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Mar 22, 2008 11:52 am

Admin wrote:
btul tu..dunia akhir zaman..huhu..knpela aku dihidupkan time dunia cmnie..huhu

emm.. kadang2 rase cmtu gak.. sempat ke aku nk capai sume mtlamat hidup sblum dunia ni berakhir... Neutral
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
@rEdNaL
New User
New User
@rEdNaL


Number of posts : 6
Location : KL
Age : 18THN
Registration date : 2008-03-04

ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Mar 22, 2008 12:27 pm

dunia.....dunia......dunia....

xpela at last dia pun dah insaf kan...
mendalami ilmu agame lagi....
so i think it doesnt matter..
kite sbg masyarakat sekeliling msti give support kat dia..
dosa n pahala bkn urusan kita tapi urusan YANG MAHA ESA....
ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHI....

Smile)
Back to top Go down
Guest
Guest




ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Mar 22, 2008 5:11 pm

Admin wrote:
btul tu..dunia akhir zaman..huhu..knpela aku dihidupkan time dunia cmnie..huhu

b'syukurla sbb d'bri pluang utk mrsa khdpn d'dnia...
xbaik ckp mcm 2.....
Back to top Go down
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 34
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Mar 22, 2008 5:36 pm

yg baik tu jadikanlah amalan dan juga ikutan...
yg buruk tu jadikanlah teladan dan sempadan...
sesungguhnye kita makhluk yg lemah...
jadi...
LU PIKIQ LA SENDIRI....
hahahaha
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
Guest
Guest




ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Mar 22, 2008 5:40 pm

tol2...
aku sokong!!
Back to top Go down
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 34
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Mar 22, 2008 9:48 pm

ezat_3928 wrote:
yg baik tu jadikanlah amalan dan juga ikutan...
yg buruk tu jadikanlah teladan dan sempadan...
sesungguhnye kita makhluk yg lemah...
jadi...
LU PIKIQ LA SENDIRI....
hahahaha

hehe..
HIDUP NABIL! lol!
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
Guest
Guest




ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Mar 22, 2008 10:42 pm

nabil???
Back to top Go down
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 34
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSun Mar 23, 2008 11:46 am

nabil raja lawak astro la.. afro
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
Guest
Guest




ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSun Mar 23, 2008 12:59 pm

erk??
ptut la xknal...
<< xtgok langsung...
Back to top Go down
annemishi
Addicted
Addicted
annemishi


Number of posts : 224
Age : 34
Location : kedah dowh~~~
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeWed Apr 09, 2008 1:30 pm

astagfirullah...
mengucap pnjg ak bca nih...
huhuh..
nauzubillah..
No
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/altoniso
HyperPlasma
Admin
Admin
HyperPlasma


Number of posts : 938
Age : 34
Location : Alor Star
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeWed Apr 09, 2008 9:58 pm

baru2 nie aku der bce paper, kt australia..si anak tu buat kenyataan yg dia tul2 rela mnjadi is3 kpda ayhnyer sniri (kandung),smpai melahirkan anak..dunia skang dh terbalik..nauzubillah..
Back to top Go down
https://90born.forumotion.com
epalhijau
New User
New User
epalhijau


Number of posts : 24
Age : 34
Location : kedah
Age : 17++
Registration date : 2008-04-12

ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitimeSat Apr 12, 2008 11:10 am

apa nak jadi....apa nak jadii
Back to top Go down
http://pokokepal.wordpress.com
Sponsored content





ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Empty
PostSubject: Re: ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI   ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI Icon_minitime

Back to top Go down
 
ANAK MENGAKU BERCINTA DENGAN AYAH KANDUNG SENDIRI
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Apa yang best dengan RM50?
» Surat Anak Yang Dah X Degil
» TEKNIK BERHADAPAN DENGAN HANTU
» Anak Faizal Ismail (DJ HotFM) Meninggal Dunia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: News Update-
Jump to: