| Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? | |
|
+4Dozen aans_wer azyana ameeroz 8 posters |
|
Author | Message |
---|
ameeroz Moderator
Number of posts : 916 Age : 34 Location : melaka Age : 18 Registration date : 2008-02-26
| Subject: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 2:01 pm | |
| Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut Isu Kesihatan Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.
Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.
New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.
Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.
Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.
Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.
Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.
DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.
Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.
Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.
Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Simptom
* Cepat penat * Mengah * Sakit dada * Denyutan nadi laju * Lemah di bahagian kaki * Kurang selera makan * Batuk * Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.
Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung 2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki 3. Elakkan meminum airbatu 4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk 5. Sentiasa meminum air panas 6. Amalkan bersenam
Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.
Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya) | |
|
| |
Guest Guest
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 3:21 pm | |
| nsibla aku klu duk dpn kom... kaki ni xle duk diam... hehe.... kdg2 duk biasa... pastu xslesa... duk b'sila atas krusi... pastu kdg2 plg truk.... agkat 1 kaki kat krusi 1 kat bwa... lalala... lg.... mbik 1 gik krusi... letak dua2 kaki atas 2... hu3.....
<< dak ni pun ska jln2 time main kom... |
|
| |
azyana Moderator
Number of posts : 910 Age : 34 Location : Lumut Age : 18 Registration date : 2008-02-27
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 4:17 pm | |
| satu lagi klu dok dpn komptr lame2, mate blh jadi terlalu kering dan mngurangkan kadar kerdipan mata utk sesaat.. | |
|
| |
aans_wer Moderator
Number of posts : 753 Age : 34 Location : terengganu Age : 18 Registration date : 2008-03-08
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 7:08 pm | |
| huhu seb baek ak jrg btpa dpn kom | |
|
| |
Guest Guest
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 7:15 pm | |
| - azyana wrote:
- satu lagi klu dok dpn komptr lame2, mate blh jadi terlalu kering dan mngurangkan kadar kerdipan mata utk sesaat..
uik??? ya kew?? huuwwaaaa....... << pasni xmo on9 da... ekekeke |
|
| |
aans_wer Moderator
Number of posts : 753 Age : 34 Location : terengganu Age : 18 Registration date : 2008-03-08
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 7:48 pm | |
| almk...ko da xmo on9 k arfza...
cian admin | |
|
| |
ameeroz Moderator
Number of posts : 916 Age : 34 Location : melaka Age : 18 Registration date : 2008-02-26
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 8:26 pm | |
| tu rr... klu bley rr kn... jgn rr duk je dpn komputer... atleast bwk rr mknn... bley rr jgk mkn2... xde rr asyik duduk jee... hahahaha... | |
|
| |
aans_wer Moderator
Number of posts : 753 Age : 34 Location : terengganu Age : 18 Registration date : 2008-03-08
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 9:32 pm | |
| uikss...tuh lg bhye..
slp2...1mnth seme jd obes | |
|
| |
Dozen Active User
Number of posts : 373 Age : 34 Location : Kuala Lumpur Age : 18 Registration date : 2008-02-27
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 10:13 pm | |
| Yg psti mata knan aku dh rabun trok sbab pc tp msih degil2 nk pki spek Aku start men pc dlm darjah 4 msa tu ske men neopet | |
|
| |
Guest Guest
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 10:21 pm | |
| sbla jew??? psal x dua2 skli?? ko tgok gna sbla mta jew kew? |
|
| |
tuyuk Motivated
Number of posts : 180 Age : 34 Location : Kelantan Age : 18 Registration date : 2008-03-01
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 10:59 pm | |
| aku pulak..klu on9 jew..mst bukak tv kat sblh aku.. maknanya, kepala ngan badan aku akan bergerak tyme ad benda2 howtz. aku jarang bukak econ dlm bilik. bek kipas lagi..so,aku nyer potensi nk kene penyakit tue,low ah..haha.. bab mata plak,memang aku dah rabun pun. peluang nk jd pilot mmg xde. so aku set mind nk jd doc. doc=spekky normal ah 2,kan!ahaha.. tapi..risaw gak kan..klu kene penyakit cm2.. oish..mintak jaooh... | |
|
| |
azyana Moderator
Number of posts : 910 Age : 34 Location : Lumut Age : 18 Registration date : 2008-02-27
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 11:17 pm | |
| Kesan jangka pendek penggunaan komputer terhadap mata
1. Pedih mata
* Antara sebab mata terasa begitu adalah kerana mata menjadi kering semasa menggunakan komputer. Ini berlaku kerana pengurangan kadar kelipan mata dengan kadar kelipan normal mata adalah 10 hingga 13 kali seminit sementara kelipan mata semasa membuat kerja menggunakan VDU akan menurun antara lima hingga sembilan kali seminit. Tahap kelembapan persekitaran juga boleh mempengaruhi kadar penyejatan air mata. Kadar penyejatan yang tinggi akan menyebabkan mata terasa kering dan pedih.
2. Mata merah
* Mata juga menjadi merah apabila berlaku kekurangan air mata akibat proses penyejatan dan penurunan kadar kelipan mata. Kekurangan air mata akan menyebabkan bekalan oksigen pada kornea menurun. Ini akan menyebabkan tindak balas pembesaran salur darah pada bahagian sklera bagi membekalkan oksigen pada bahagian periferi (tepi) kornea. Pembesaran salur darah ini menjadi punca mata kelihatan merah.
3. Pening
* Pening semasa menggunakan komputer terjadi kerana berlaku gangguan terhadap hubungan akomodasi (kebolehan mata memfokus objek dekat) dan konvergen (penumpuan kedua-dua mata pada satu titik).
Ini biasanya berlaku terhadap kes kerabunan tahap rendah (± 0.50), dengan kadar kerabunan mata kiri dan kanan yang berbeza. Apabila kuasa kedua-dua mata tidak sama, kadar akomodasi semasa bekerja antara mata kiri dan kanan turut berbeza, menyebabkan pening. Akomodasi juga selalunya akan mempengaruhi konvergen. Ini akan mengakibatkan kesejajaran otot ekstrinsik mata tidak normal dan tidak seimbang antara kedua-dua mata dan akan mencetuskan rasa pening. Keadaan ini lebih teruk sekiranya seseorang itu mengalami masalah juling pendam (latern squint).
4. Kelesuan penglihatan (Visual Fatique)
* Kelesuan penglihatan terjadi disebabkan oleh kesan silau dan pembalikan cahaya pada skrin komputer akibat kesan kontras yang tidak baik pada skrin komputer, kedudukan komputer serta sudut skrin yang tidak betul. Selain itu, sistem pencahayaan bilik yang kurang baik juga boleh menyebabkan masalah ini. kelesuan penglihatan juga terjadi kerana keadaan huruf ‘Matrix Dot’ pada sistem komputer memerlukan konsentrasi yang tinggi berbanding ‘Hard copy’ pada buku. Kebolehan mata melihat objek kecil dan menyeluruh (fine and detail) seperti tulisan pada skrin menjadi faktor penting semasa kita membaca. Semakin kecil saiz tulisan semakin dekat ia perlu dilihat. Jelas sekali keadaan ini tidak dapat bertahan lama tanpa meninggalkan kesan kepada mata. | |
|
| |
azyana Moderator
Number of posts : 910 Age : 34 Location : Lumut Age : 18 Registration date : 2008-02-27
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 11:18 pm | |
| Untuk mengelakkan masalah yang disebutkan di atas terjadi, anda dinasihatkan mengamalkan beberapa tip di bawah:
1. Sesuaikan kerusi dan komputer anda dan bekerja pada jarak paling selesa semasa menggunakan komputer.
2. Ruang kerja yang cukup luas dan mudah mencapai semua dokumen yang diperlukan.
3. Selaraskan papan kekunci komputer pada jarak yang paling selesa dengan kedudukan tangan anda.
4. Letakkan tetikus (mouse) pada ruang yang mudah dicapai.
5. Selaraskan kecerahan dan kontras pada skrin, berpadanan dengan keadaan pencahayaan dalam bilik dan pastikan skrin komputer bersih.
6. Semasa bekerja, amalkan rehat seketika antara lima hingga 10 minit untuk setiap satu jam bekerja.
Sekiranya setelah anda mengamalkan tip di atas tetapi masalah mata anda masih berlarutan, dapatkan nasihat lanjut dan rawatan dari pakar mata anda. | |
|
| |
ameeroz Moderator
Number of posts : 916 Age : 34 Location : melaka Age : 18 Registration date : 2008-02-26
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 11:21 pm | |
| huuh... tp betul ke klu tgk komputer lama2 @ tgk tv lama2 bley wt mata jd rabun???? | |
|
| |
azyana Moderator
Number of posts : 910 Age : 34 Location : Lumut Age : 18 Registration date : 2008-02-27
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 11:48 pm | |
| | |
|
| |
ameeroz Moderator
Number of posts : 916 Age : 34 Location : melaka Age : 18 Registration date : 2008-02-26
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Mon Mar 31, 2008 11:51 pm | |
| waaa.... patut rr mata aku.... makin lama makin kabur.... waa...nnt nk kne check mata skali lg ni.... ahakz!! | |
|
| |
Dozen Active User
Number of posts : 373 Age : 34 Location : Kuala Lumpur Age : 18 Registration date : 2008-02-27
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Tue Apr 01, 2008 12:04 am | |
| - aRe=fiza wrote:
- sbla jew???
psal x dua2 skli?? ko tgok gna sbla mta jew kew? Tk taw lew tp mmg jauh beza thap rabun mata knan dgn kiri ni. Klu mata kiri terblock dgn apew2 k pstu pndang pki mata kanan mmg tk nmpk. Aku ada mslh nk lintas jalan sbab tk dpt bezakn distance so klu ada org lintas dlu aku follow up | |
|
| |
aans_wer Moderator
Number of posts : 753 Age : 34 Location : terengganu Age : 18 Registration date : 2008-03-08
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Tue Apr 01, 2008 12:07 am | |
| - Dozen wrote:
- aRe=fiza wrote:
- sbla jew???
psal x dua2 skli?? ko tgok gna sbla mta jew kew? Tk taw lew tp mmg jauh beza thap rabun mata knan dgn kiri ni. Klu mata kiri terblock dgn apew2 k pstu pndang pki mata kanan mmg tk nmpk. Aku ada mslh nk lintas jalan sbab tk dpt bezakn distance so klu ada org lintas dlu aku follow up bes 2..klo xde org crss road.. xkan ko nk tggu smpai jln tu lgg..??? hu3..cian kat org2 cam ko neyh erk | |
|
| |
tuyuk Motivated
Number of posts : 180 Age : 34 Location : Kelantan Age : 18 Registration date : 2008-03-01
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Tue Apr 01, 2008 12:09 am | |
| huhu!! aku pown same.. adus lew..punyer la rabun ptt lew.. malam smlm.. aku pening taw lepas on9.. mmg rabun aku ney xbalance. ptt lew.. pening naseb tak tumbang jew..huh~ | |
|
| |
HarzalTheViolet Super Active User
Number of posts : 498 Age : 34 Location : ~: The Land That Never Was :~ Age : 18 Registration date : 2008-04-01
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Wed Apr 02, 2008 10:53 pm | |
| huhu~ bak kate ust aku... sbnrnye... kite rabun psl tgk mende2 x elok... haa~ sndri pk r... tp ader care die gak tp aku dh lupe... yg aku igt bgun b4 suboh,tgk langit,then....xtau dh... sori2 | |
|
| |
tuyuk Motivated
Number of posts : 180 Age : 34 Location : Kelantan Age : 18 Registration date : 2008-03-01
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Wed Apr 02, 2008 11:28 pm | |
| owh...letak langsir bilik colour hijau or biru. 2 bagus jugak.. sebab bile bgn tido,kite dpt tgk warna2 yg fresh. hrm..tapi langsir bilik aku kaler kuning maa.. hahah.. | |
|
| |
azyana Moderator
Number of posts : 910 Age : 34 Location : Lumut Age : 18 Registration date : 2008-02-27
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Thu Apr 03, 2008 8:25 am | |
| same la kite.. langsir warne kuning gak..
haha..
<promote langsir.. | |
|
| |
ameeroz Moderator
Number of posts : 916 Age : 34 Location : melaka Age : 18 Registration date : 2008-02-26
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Thu Apr 03, 2008 10:22 am | |
| hahaha... nk promot jgk...ahakz!! bilik aku lngsir wrne oren... tp aku ada tanam pokok tepi tngkap tu... <<<<tingkap bilik yg xpenah tutup kecuali hujan n kuar g jln2, bru tutup...ahakz!! | |
|
| |
azyana Moderator
Number of posts : 910 Age : 34 Location : Lumut Age : 18 Registration date : 2008-02-27
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Thu Apr 03, 2008 5:36 pm | |
| kita nih mmg suke wat SPAM la.. haha | |
|
| |
aans_wer Moderator
Number of posts : 753 Age : 34 Location : terengganu Age : 18 Registration date : 2008-03-08
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? Thu Apr 03, 2008 9:09 pm | |
| ak pown nk tmpg spam skli...
lgsr ak pown klr kng.....
ha3 | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? | |
| |
|
| |
| Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut??? benarkah??? | |
|