~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Khas Utk Wanita

Go down 
3 posters
AuthorMessage
HyperPlasma
Admin
Admin
HyperPlasma


Number of posts : 938
Age : 34
Location : Alor Star
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Khas Utk Wanita Empty
PostSubject: Khas Utk Wanita   Khas Utk Wanita Icon_minitimeFri Apr 04, 2008 12:41 am

Sifat Wanita Yang Disukai Lelaki

1. Sifat Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan lelaki lebih berghairah.

3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata² yg kasar atau menuduh bukan² sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

4. Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudahberumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

6. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

9. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

10. Solehah
Lelaki juga suka pada wanita yg solehah (islamic) dan ini juga adalah salah satu dari tuntutan² syarak.

10 Nasihat Buat Wanita

1. Malu tidak menghalang ilmu jika ia berlandaskan agamamu. Malu juga takkan menghalang kamu dari bercakap benar.

2. Lihatlah dunia dengan pandangan i'tibar, elakkan dirimu dari memandangnya dengan pandangan kasih dan jauhkan dirimu dari berlumba-lumba mengejarnya.


3. Adakah kamu bersedih kerana kehilangan harta sedangkan kamu tidak bersedih kerana kehilangan umurmu bersama sedikitnya amalmu?

4. Seagung-agung wanita ialah mereka yang sanggup mengorbankan dunianya kerana akhiratnya.

5. Jika kamu tidak redha dengan ketentuan Tuhanmu, bagaiman pula kamu mengharap redha dari-Nya.....?

6. Apabila kamu hendakkan kekhusyu'kan hati, elakkan dirimu dari berlebih-lebihan dengan pandangan matamu.

7. Berhati-hatilah kamu denan riya' kerana ia adalah seburuk-buruk perosak bagi hatimu yang solehah.

8. Tanamkan semangat jihad dalam diri anakmu, elakkan rumahmu menjadi reban ayam yang hanya menggemukkan penghuninya untuk di sembelih musuh Allah! Jadikanlah ia umpama kandang singa yang bakal melahirkan penegak Kalimatullah.

9. Hayatilah kalam isteri pejuang yang di penjara, apabila di tanya bagaimana sara hidup mereka selepas ini katanya ," Aku mengenali suamiku sebagai pembawa rezeki kepadaku tapi dia bukanlah pengurnia rezeki buatku".

10. Jika benar jiwamu takut kepada Allah, pasti hatimu tidak akan takut kepada kematian dan kefakiran.
Back to top Go down
https://90born.forumotion.com
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 34
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Khas Utk Wanita Empty
PostSubject: Re: Khas Utk Wanita   Khas Utk Wanita Icon_minitimeSun Apr 20, 2008 1:18 am

KEISTIMEWAAN WANITA....
HARGAILAH....



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W
akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan
orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke
rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.


6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta
menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,…
“Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah
S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit,
maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
annemishi
Addicted
Addicted
annemishi


Number of posts : 224
Age : 34
Location : kedah dowh~~~
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

Khas Utk Wanita Empty
PostSubject: Re: Khas Utk Wanita   Khas Utk Wanita Icon_minitimeSun Apr 20, 2008 8:47 am

oooo....
thxs....
bley wat moral..
n yg pntg..
bley practise..
heheh..
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/altoniso
Sponsored content





Khas Utk Wanita Empty
PostSubject: Re: Khas Utk Wanita   Khas Utk Wanita Icon_minitime

Back to top Go down
 
Khas Utk Wanita
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG
» Kecantikkan Lelaki & Kegagahan Wanita...
» Rahmat menjadi Wanita ISLAM...
» Wanita hiasan dunia penyeri akhirat
» MENGAPA WANITA MUDAH MENANGIS??

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: