~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Renungan Utk Yg Bercouple

Go down 
+3
hasif7590
annemishi
HyperPlasma
7 posters
AuthorMessage
HyperPlasma
Admin
Admin
HyperPlasma


Number of posts : 938
Age : 34
Location : Alor Star
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeFri Apr 04, 2008 12:44 am

Hujah yg sering ditimbulkan oleh mereka yg ber"couple" sblm kawin..=p

Kami tidak berzina !

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi
perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.

Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada
perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu
melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!* (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak
keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan
jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun,
carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran?

Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan
fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri
seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri
seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan
qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka
semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan
kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut
manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu
kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan
memakannya.

Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.

Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat
sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan
mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin.

Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah
dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci.

Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah. Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya
menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah
dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita
yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu
pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)

Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah
mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan
segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat:

i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.

ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci
kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.

Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin.

Moga Allah terima taubat mu.

Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak ke mana!

Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
Back to top Go down
https://90born.forumotion.com
annemishi
Addicted
Addicted
annemishi


Number of posts : 224
Age : 33
Location : kedah dowh~~~
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeTue Apr 08, 2008 10:19 pm

yup....jgn lah berkapel..
bek kawen trus...
lgi bgus...

dgrlah whi shbat, ALLAH mmujukmu,
"At-toiyyibun littoyibat," An-Nur;26.
lelaki yg baik itu dijnjikan utk permpuan yg baik,
dn bgtulah sebliknya..
tlah trcatat di Lorh Mahfuz seungkap nma wanita @ jejaka d Lorh Mahfuz utkmu.
cuma peribadinya dtntukan oleh sjauh mna ktinggian peribadimu.
Jika kau brda d ats jlan yg dredhai,
Insya-ALLAH si dia trut d jlan yg sma..
lupakan sgla kegundahan, teguhkan dri kpda cnta Hakiki..
nescaya cnta wanita solehah @ jjka soleh trut kau miliki..
wallahua'lam
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/altoniso
hasif7590
New User
New User



Number of posts : 1
Age : 34
Location : Johor Bahru
Age : 18
Registration date : 2008-04-09

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeWed Apr 09, 2008 11:15 am

EMO ????EMO???boleh ker????surah as-saf...."wahai orang2 yg beriman janganlah kamu perkatakan ape yg tidak kamu lakukan" "sesungguhnya besar kebencian ALlah kepada org yg bercakap tapi tak lakukan"...kalo org skang kt.."ckp tak serupa bikin"..and 1 more....bak kata NABIL - lu pikirlah sendiri.juz for renungan bersama..sesape makan cili die yg terasa pedas...assalamualaikum...
Back to top Go down
HyperPlasma
Admin
Admin
HyperPlasma


Number of posts : 938
Age : 34
Location : Alor Star
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeWed Apr 09, 2008 11:34 am

hasif7590 wrote:
EMO ????EMO???boleh ker????surah as-saf...."wahai orang2 yg beriman janganlah kamu perkatakan ape yg tidak kamu lakukan" "sesungguhnya besar kebencian ALlah kepada org yg bercakap tapi tak lakukan"...kalo org skang kt.."ckp tak serupa bikin"..and 1 more....bak kata NABIL - lu pikirlah sendiri.juz for renungan bersama..sesape makan cili die yg terasa pedas...assalamualaikum...

ha???pe mksd ko??slh ke aku>>??
Back to top Go down
https://90born.forumotion.com
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 33
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeWed Apr 09, 2008 11:39 am

tapi...
bukan kah itu tazkirah (mengingati) namanya....
manusia mudah lupa, mudah alpa...

cthnye...
myB arini aku nasihat korg jgn pegang2 tgn antara laki n pmpuan...
then besok2 bila aku kapel, aku pegang2 tgn...
so korg bley la menTAZKIRAHkan aku....

lg pn perkataan manusia itu sndiri telah mmbawa maksud mudah lupe dlm bahasa sanskrit (klu xsalah aku rr)

myB hari ini mereka berkelakuan baik...
myB esok mereka mnjadi penjenayah...
siapa sangka...??
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
HyperPlasma
Admin
Admin
HyperPlasma


Number of posts : 938
Age : 34
Location : Alor Star
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeWed Apr 09, 2008 11:51 am

xdela,slh kew aku>>>???
Back to top Go down
https://90born.forumotion.com
annemishi
Addicted
Addicted
annemishi


Number of posts : 224
Age : 33
Location : kedah dowh~~~
Age : 18
Registration date : 2008-04-08

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeWed Apr 09, 2008 12:45 pm

hasif7590 wrote:
EMO ????EMO???boleh ker????surah as-saf...."wahai orang2 yg beriman janganlah kamu perkatakan ape yg tidak kamu lakukan" "sesungguhnya besar kebencian ALlah kepada org yg bercakap tapi tak lakukan"...kalo org skang kt.."ckp tak serupa bikin"..and 1 more....bak kata NABIL - lu pikirlah sendiri.juz for renungan bersama..sesape makan cili die yg terasa pedas...assalamualaikum...

klo x clap ak..
ayat nih dtujukan kpd org yg menyuruh berbuat kebaikan, ttp dia sndri tdak melakukan kebaikan...n..
apa yg hyperplasma smpikan tuh..
x salah n trsgtlah bagos sbgi peringtan kita suma..

wallahu'alam..

p/s: correct me if im wrong..
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/altoniso
azyana
Moderator
Moderator
azyana


Number of posts : 910
Age : 33
Location : Lumut
Age : 18
Registration date : 2008-02-27

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeWed Apr 09, 2008 1:08 pm

yup.. aku stuju gak..
yg pnting, hidup nih kne saling mngingati..
nobody's perfect kan..
Back to top Go down
http://dyanaazyana.blogspot.com
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 33
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeWed Apr 09, 2008 1:09 pm

yup...
that's rite...!!

huhu...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
MaxImran
New User
New User
MaxImran


Number of posts : 8
Age : 33
Location : Kuala Lumpur
Age : 17
Registration date : 2008-04-11

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeFri Apr 11, 2008 12:59 pm

Assalammulikum.
yup,dunia ni xda org pun perfect.Jadi kita kena menasihati diri,keluarga,kwn semampu yg blh.And jangan rasa org tu byk berdosa(kite nampak dia byk buat maksiat),x layak nasihat kita.kita perlulah berfikiran terbuka,and terima nasihat dr sesiapa pun,asalkan tidak melanggar hukum Islam.Allah Akhbar,Allah Akhbar,Allah Akhbar.
renungilah
Back to top Go down
one_ummah90
Moderator
Moderator
one_ummah90


Number of posts : 99
Location : mergong
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeSat Apr 12, 2008 12:24 pm

kapel ni just nak puaskan nafsu.sori agak kasar.aku skg pa admin kata. tp sbg mnusia mmg rasa nk cnta ada tp pndai2 la kita elakkan. xda faedah pun kapel ni. btoi x admin?wei,sms aku nnti Very Happy
Back to top Go down
http://suara-ummah.blogspot.com
one_ummah90
Moderator
Moderator
one_ummah90


Number of posts : 99
Location : mergong
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitimeSat Apr 12, 2008 12:25 pm

admin,hope kita bleh tlg sama2 bdkwah mlalui blog.bla nak kmas kini blog hg
Back to top Go down
http://suara-ummah.blogspot.com
Sponsored content





Renungan Utk Yg Bercouple Empty
PostSubject: Re: Renungan Utk Yg Bercouple   Renungan Utk Yg Bercouple Icon_minitime

Back to top Go down
 
Renungan Utk Yg Bercouple
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bercouple Bukan Budaya Umat Islam
» Renungan
» Kisah Benar Utk Renungan
» La Tahzan:Satu Renungan Bersama
» Kisah Penjual Tempe Utk Renungan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: