~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 29 tahun tertukar bayi, rahsia pun terbongkar.. AGAMA TERGADAI.

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




29 tahun tertukar bayi, rahsia pun terbongkar.. AGAMA TERGADAI. Empty
PostSubject: 29 tahun tertukar bayi, rahsia pun terbongkar.. AGAMA TERGADAI.   29 tahun tertukar bayi, rahsia pun terbongkar.. AGAMA TERGADAI. Icon_minitimeMon Apr 07, 2008 4:58 pm

JOHOR BARU: Lapan tahun lalu Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu Pahat, tempatnya bekerja.

Gadis ini kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga bertemunya. Tanpa disangka mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian darah!
"Mereka datang berjumpa saya tiga kali dan daripada perbualan kami, mereka yakin saya ini anak mereka. Jadi saya pun bersetuju menjalankan ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa orang tua itu ibu bapa saya yang sebenarnya.
"Gadis yang sering merenung saya itu rupa-rupanya kakak saya yang mengesyaki bahawa saya memang adiknya kerana iras wajah saya seakan-akan muka bapa," kata Zulhaidi, 29, dalam sidang media hari ini.
Keluarga ini mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan daripada Islam kepada Buddha.



"Sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami," kata Teo, di sisinya Zulhaidi (kanan), sewaktu sidang akhbar . (foto The Star)

Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.
Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan keluarga tersebut.
"Bapa saya yang berbangsa Melayu itu meninggalkan kami sewaktu saya berumur tiga tahun. Ibu saya kemudian bernikah lagi tetapi saya sukar menyesuaikand diri dengan bapa tiri, jadi saya tinggalkan rumah.
"Bermacam-macam kerja kasar saya lakukan untuk menyara hidup dan persekolahan, sebagai pelayan kedai dan pencuci kereta," katanya lagi, kini sebagai seorang eksekutif jualan dengan Diploma Pentadbiran Perniagaan.
Bapa asalnya Teo Ma Leong, 66, berkata dia mengesyaki anak kelimanya, lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang anak lelaki dengan usia yang sama.
Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, kini 29, yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Cina baru-baru ini tidak pula keberatan menerima Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu bapa asalnya.
Tambah bapa itu lagi, "kami tidak perasan sebarang perbezaan pada hari bayi itu dilahirkan tetapi sebulan kemudian, kami mula rasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga kami.
"Sewaktu kami memeriksa dengan pihak hospital, kami tidak mendapat apa-apa jawapan atau penjelasan, jadi kami buat seperti biasa, membesarkannya seperti anak kami sendiri walau di dalam hati terdetik bahawa anak kami yang sebenarnya pasti ada di mana-mana," kata Teo, dulu pernah bekerja sebagai mekanik.
Teo menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai, 62, terpaksa melalui fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan seorang anak daripada perhubungan haram tetapi Teo lebih mengenali pasangannya dan yakin penuh padanya.
"Apabila anak perempuan kami menemui Zulhaidi, saya tahu itulah anak lelaki kami yang dicari selama ini. Tiga bulan selepas ujian DNA, Zulhaidi bersetuju tinggal bersama kami," cerita Teo lagi, sambil menambah anaknya itu mengambil masa enam bulan kemudian untuk memanggil mereka "ibu" dan "bapa".
Ditanya kenapa keluarga ini mengambil masa lapan tahun sebelum mendedahkan perkara ini, Zulhaidi berkata mereka telah cuba mendapatkan khidmat guaman tetapi tidak diendahkan dengan dakwaan "ini kes yang mustahil".
"Apabila kami membaca di akhbar tentang sidang media Michael Tay, kami pun meminta bantuannya," tambahnya.
Tay, pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi, berkata beliau akan menolong keluarga ini menukar identiti Zulhaidi dan membawa kes ini kepada kerajaan negeri.

Yang Sedih ialah:
1. Bagaimana seorang yang telah Islam selama 29 tahun boleh menerima mudah agama lain.
2. Ibubapa yang membiarkan anak-anak hingga tiada rasa bersyukur setelah Islam 29 tahun.
3. Orang bukan Islam bersungguh-sungguh mempertahankan agama dan bangsa mereka, tetapi orang Islam menghina agama sendiri.
Back to top Go down
 
29 tahun tertukar bayi, rahsia pun terbongkar.. AGAMA TERGADAI.
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kisah Bayi Utk Renungan bersama
» 18 Tahun:Halal Ke?
» MASALAH TAHUN 2038
» RAHSIA SOLAT
» RAHSIA LELAKI

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: