SPAM
Apa yang bakal terjadi jika iklan disebarkan menerusi e-mel? Situasi inilah yang dikenali sebagai Spam. Contohnya iklan tawaran penjualan ubat-ubatan tetentu, menjual software tertentu, perjudian online dan sebagainya. Si pengirim iklan atau 'spammer' biasanya memperoleh alamt e-mel kamu dari internet. Bagi 'spammer', iklan menerusi e-mel ini jelas lebih murah dan cepat. Spam boleh membuatkan inbox kamu penuh dan adakalanya memperlahankan fungsi komputer kamu. Spam biasanya memakan banyak bandwitdh sehingga memenuhkan database. Kamu juga perlu elakkan daripada memberi respons terhadap spam kerana ia akan membuat spammer sedar bahawa e-mel kamu aktif. Alamat e-mel yang diketahui aktif akan disenaraikan dalam 'e-mail most wanted' di kalangan spammer. Sebaik-baiknya, buang terus e-mel yang diterima daripada individu yang tidak dikenali.
HOAX
Kamu pernah mendapat e-mel berantai tentang Planet Mars yang akan bersinar di langit? Itulah antara contoh hoax.E-mel ini mengandungi berita-berita palsu namun bunyinya seperti boleh dipercayai. E-mel ini ternyata tidak berbahaya seperti e-mel bervirus yang lain. Namun hoax boleh memenuhi inbox kamu sekaligus memberatkan e-mel. Tidak mustahil hoax juga boleh dilampirkan sekali bersama virus. Jika kamu menerima e-mel sebegini, jangan sesekali menyebarkan kepada orang lain!
PHISING
E-mel ini lebih kurang sama dengan hoax, namun kandungannya lebih meyakinkan kerana ia biasanya bersifat 'penting' dan 'persendirian'. Si pengirim memperkenalkan dirinya sebagai pegawai bank dan sebagainya. Sekiranya si penerima mempercayai e-mel ini, si pengirim akan meminta si penerima mengisi beberapa data peribadi tertentu. Dan dari situlah si pengirim akan menggunakan data-data peribadi si penerima untuk kepentingan jahatnya. Kesimpulannya, kamu jangan sesekali bertindak memberikan info peribadi kamu kepada individu yang tidak dikenali di internet.