SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2008
DI SEKOLAH MENENGAH BANTUAN PENUH KERAJAAN
Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2008 hendaklah memenuhi keempat-empat syarat berikut:
1. Lulus peperiksaan SPM 2007 dengan memperolehi sekurang-kurangnya TIGA kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi jumlah agregat tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik di mana tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KUMPULAN MATA PELAJARAN
I Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
II Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris
III Sejarah
IV Geografi / Pendidikan Seni
V Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
VI Matematik / Matematik Tambahan / Sains /
Sains Tambahan
VII Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
VIII Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al
Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
IX Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /
Bahasa Cina / Bahasa Tamil
X Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan
Calon-calon yang memperolehi jumlah agregat 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
ATAU
(B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperolehi sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah agregat yang tidak melebihi 18 unit bagi mata pelajaran SAINS terbaik di mana tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
KUMPULAN MATA PELAJARAN
I Matematik / Matematik Tambahan
II Fizik
III Kimia
IV Biologi
V Lukisan Kejuruteraan/
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal /
Pengajian Kejuruteraan Awam /
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik /
Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan /
Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.
3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2008.
4. Bagi murid yang pernah melangkau kelas umur calon adalah tidak kurang daripada 16 tahun pada 1 Januari 2008.
RAYUAN CALON SEKOLAH UNTUK MEMASUKI TINGKATAN ENAM BAWAH 2008 BERDASARKAN KELONGGARAN ATAS PENGLIBATAN KOKURIKULUM
KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI
1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah 2008 boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK.
2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2008.
3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
4. Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
5. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 3 Jun 2008 tidak akan dipertimbangkan .
*Nota:
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM pada tahun 2008 ini.
KRITERIA PENGAMBILAN CALON PERSENDIRIAN
KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2008 SEKOLAH KERAJAAN
KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI
1. Calon persendirian/swasta SPM 2007 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2008 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
2. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di Lampiran A.
3. Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
4. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen yang telah disahkan ;
a. Keputusan peperiksaan SPM 2007;
b. Sijil kelahiran;
c. Kad pengenalan;
d. Rekod persekolahan yang terperinci dari persekolahan rendah hingga persekolahan menengah; dan
e. Perakuan dan sokongan pengetua sekolah/pegawai kerajaan, perakuan rekod disiplin yang baik dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum.
f. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal
PENGAMBILAN CALON SPM ULANGAN 2008
KE TINGKATAN ENAM ATAS 2009
KEPUTUSAN DAN PENEMPATAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI
1. Calon yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM Ulangan 2008 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2009 dengan memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
2. Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :
2.1. Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2009.
2.2. a. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti di Lampiran A :
ATAU
b. Bagi calon sekolah kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.
2.3 Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.
2.4. Calon-calon hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar di Tingkatan 6 Bawah 2008 di sekolah persendirian / swasta.
3. Tarikh tutup permohonan adalah dua (2) minggu selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2008.