~~Nine-O Club~~
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

~~Nine-O Club~~

For Who's Born On 1990
 
::Homepage::::Homepage::  HomeHome  Gallery  SearchSearch  Latest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Empty
PostSubject: Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam   Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Icon_minitimeTue Apr 29, 2008 9:41 pm

( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM
Back to top Go down
HarzalTheViolet
Super Active User
Super Active User
HarzalTheViolet


Number of posts : 498
Age : 34
Location : ~: The Land That Never Was :~
Age : 18
Registration date : 2008-04-01

Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Empty
PostSubject: Re: Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam   Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Icon_minitimeSat May 10, 2008 2:45 am

aku...

pnh skali tuh...aku tgk org tuh sekilas lalu aku tau ajl die dh dekat...tp aku nafikn...bile aku tgk byk kali pn mende same gak jd...

pas bbrape ari...mmg btol org tuh dh mninggal...
Back to top Go down
Guest
Guest




Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Empty
PostSubject: Re: Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam   Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Icon_minitimeSat May 10, 2008 4:36 pm

erk??
ko taw camne??
Back to top Go down
HarzalTheViolet
Super Active User
Super Active User
HarzalTheViolet


Number of posts : 498
Age : 34
Location : ~: The Land That Never Was :~
Age : 18
Registration date : 2008-04-01

Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Empty
PostSubject: Re: Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam   Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Icon_minitimeSat May 17, 2008 12:13 am

erm cmne ek...

mcm ni...aku pandang je then tibe2 je aku trus trpk mende tuh xde mende lain...aku mule2 igt mcm x baik la kalo aku pk cmtu tp bile aku pndang byk kali mende tuh ade gak...as if sumone tells me...bukan takat tuh je...ade gak mende2 plik jadi kat aku nih...

mende nih pn jadi gak time kat skola aku...mlm tuh aku balik asrama awal...ade angin kuat kat aras tuh...aku pn plik psl angin mane bley dtg dari tmpat trtutup...bile angin tu lalu je automatik aku tau 'oh 'die' dh dtg'....jin @ setan le tuh...

mlm tuh gak mmg btol membe aku kne rasuk...

so aku pn xtau 'sape' yg bgtau aku sume mende2 nih b4 jadi event trsebut...
Back to top Go down
ameeroz
Moderator
Moderator
ameeroz


Number of posts : 916
Age : 34
Location : melaka
Age : 18
Registration date : 2008-02-26

Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Empty
PostSubject: Re: Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam   Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Icon_minitimeSat May 17, 2008 12:16 am

owh...
bersyukur la...
tu klebihan ko...
gne rr dgn baik...
ada rr sbb yg MAHA ESA beri klebihan tu kt ko...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/ezatameer
HarzalTheViolet
Super Active User
Super Active User
HarzalTheViolet


Number of posts : 498
Age : 34
Location : ~: The Land That Never Was :~
Age : 18
Registration date : 2008-04-01

Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Empty
PostSubject: Re: Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam   Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Icon_minitimeSat May 17, 2008 12:26 am

alhamdulillah...

tp aku kne cari psl pe...ye r...psl mende tuh aku dpt after bbrape kali aku mimpi dlm tempoh 5 taun kat skola tuh...stat dari form 1 lg aku dh mimpi...

tmbah2 lg lak...tmpat yg aku baru pindah nih (dh ige taun aku dok trmasuk taun nih) aku rase mcm ade kaitan ngan mimpi2 aku sblum nih...wallahualam
Back to top Go down
Guest
Guest




Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Empty
PostSubject: Re: Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam   Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Icon_minitimeSat May 17, 2008 3:46 am

HarzalTheViolet wrote:
erm cmne ek...

mcm ni...aku pandang je then tibe2 je aku trus trpk mende tuh xde mende lain...aku mule2 igt mcm x baik la kalo aku pk cmtu tp bile aku pndang byk kali mende tuh ade gak...as if sumone tells me...bukan takat tuh je...ade gak mende2 plik jadi kat aku nih...

mende nih pn jadi gak time kat skola aku...mlm tuh aku balik asrama awal...ade angin kuat kat aras tuh...aku pn plik psl angin mane bley dtg dari tmpat trtutup...bile angin tu lalu je automatik aku tau 'oh 'die' dh dtg'....jin @ setan le tuh...

mlm tuh gak mmg btol membe aku kne rasuk...

so aku pn xtau 'sape' yg bgtau aku sume mende2 nih b4 jadi event trsebut...

cam rileks ja bunyi part 2...
aku da taw mcm 2..
laju ja aku lari..
heeee....
Back to top Go down
HarzalTheViolet
Super Active User
Super Active User
HarzalTheViolet


Number of posts : 498
Age : 34
Location : ~: The Land That Never Was :~
Age : 18
Registration date : 2008-04-01

Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Empty
PostSubject: Re: Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam   Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Icon_minitimeSat May 17, 2008 6:45 pm

hahah!!

aku cuak tu cuak gak tp dh aku pk diorg x dpt kaco aku so aku rileks r ckit hahah!!

sbnrnye kalo kite pk diri kite lg kuat dri diorg (bukan riak tau tp yakin diri!) so automatik insyaalah kite jd brani...
Back to top Go down
Sponsored content





Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Empty
PostSubject: Re: Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam   Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam Icon_minitime

Back to top Go down
 
Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Larangan Merendahkan Orang Lain
» Renungan: Allah cinta orang muda yang bertaubat
» budak 5 tahun lahir dari bukan islam tahu mengenai islam
» MENGHADAPI KEMATIAN
» Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
~~Nine-O Club~~ :: Kedai Kopi :: Islamik Corner-
Jump to: