Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula
membaca tajuknya, dan membacanya mengikut
intonasi yang betul, anda tersangat tidak
bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak
puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca
dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
1.Perempuan memang tidak guna kain yang nipis untuk
membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.
Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu
adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan
jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki
yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai
ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian orang lain,
lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya
dia memakainya juga dia telah melanggar larangan
Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi
yang baunya semerbak. Wangian sebegini
mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat
tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.
Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg
digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan
yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu
bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda
junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn
memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan
tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah
dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang
keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang
bercakap perkara yang keji adalah mereka yang
rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang
bercakap menggunakan perkataan yang buruk @
jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak
akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan
perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan
jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan memang tidak guna masa berborak untuk
mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau
dengan kata lain mengumpat, memperkatakan
keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya
orang yang suka mengumpat baik lelaki atau
perempuan dia seolah-olah memakan daging
saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita
memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini
ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12.
surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga
segi, apabila memakainya diselempangkannya
sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki
yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu
apabila bertudung, dia mesti melabuhkan
tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan
tidak menampakkan bukit di bahagian dadanya.
Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah
tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga
seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi
peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa
yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika
bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya,
bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara
lentuk untuk menarik perhatian lelaki yang sakit
dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan
bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan
menjadikan perempuan boleh berkata-kata.
Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan
suara untuk menarik perhatian lelaki sehingga
menjadi fitnah. Bahaya suara wanita yang
bercakap dengan gaya membujuk yang boleh
mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)
dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna
ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah
kamu tunduk dlm berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm
hatinya dan ucapkanlah perkataan yang
baik Tunduk di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn
sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang
untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm
hati adalah keinginan seorang lelaki utk
melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti
berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik
kpd seorang wanita melalui suaranya.
Jika ade tersalah kata...saye mohon maaf...saye budak baru belajar.....
Wallahua'lam.
Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,